Jumaat, 9 Oktober 2009

Selamat Bersidang

Kepada para Pergerakan Pemuda UMNO Caw. Kg. Dalam yang akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO Khas 15hb Oktober ini (bermula 13hb-17hb Oktober 2009)..Selamat bersidang. Ini merupakan kali kedua dalam sejarah UMNO diadakan Perhimpunan Agung Khas selepas kali pertama pada tahun 1997.

Jadikan perhimpunan ini sebagai suatu wadah untuk menaikkan semangat, menguatkan jati diri dan sumber ilmu. Sidang ini bakal tercatit dalam sejarah UMNO mahupun negara kerana ia berkaitan dengan hak dan kuasa untuk memilih 3.47 juta ahli UMNO seluruh negara. Bukan sahaja untuk peringkat bahagian, malah kemungkinan berpeluang untuk memilih pucuk kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Berbagai lagi perkara dan pindaan akan dibincangkan di Perhimpunan Khas kali ini. Pasang telinga, buat catitan untuk dikongsi dengan ahli-ahli yang tidak dapat hadir ke perhimpunan ini. Kita bincangkan sesama kita di peringkat cawangan. Buat menambah ilmu..

Walau apa pun keputusanya..diharap ia dilakukan untuk kebaikan dan masa depan UMNO.. UMNO tetap UMNO..misinya sebagai wadah perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara. Walau apa pun intipati yang diubah di dalam UMNO, misinya tetap kekal sama selamanya!

Majlis yang baik akan sentiasa diberkati dan dilindungi Allah Ta'ala..yang penting niat yang ikhlas dan demi kekuatan UMNO itu sendiri. Sekali lagi..Selamat Bersidang wahai pejuang UMNO!

Hidup UMNO! Allah'huakbar!

Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang : Selamat Mengundi!

Esok, 11hb Oktober 2009, para penduduk, khususnya para pengundi berdaftar di DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan berpeluang untuk keluar mengundi sekali lagi untuk memilih wakil rakyat mereka. Gunakanlah hak serta kebijaksanaan anda dan pilihlah calon yang dirasakan boleh membela dan mewakili suara anda.

Anda telah saksikan berbagai cara dan kempen yang telah dijalankan oleh kedua-dua pihak yang bertanding. Tak perlu diulas disini kerana anda, selaku pengundi yang berhak mengundi di sana tau apa yang perlu dinilai serta diperlukan di sana dan kami di sini yakin anda akan melakukan yang terbaik untuk masa depan anda..

Keluarlah menjalankan tanggungjawab anda tanpa perlu rasa risau dan gundah..lapangkan fikiran dan mulakan dengan Bismillah..