Ahad, 6 Mac 2011

Dari Kerdau ke Merlimau..

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Alhamdullilah dan tahniah! Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi pada pilihanraya kecil DUN Kerdau dan DUN Merlimau dengan majoriti yang lebih baik daripada keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Memang ini kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional. Ia dimantapkan dengan calon anak tempatan - yang turut mengundi di DUN yang ditandingi mereka, kekuatan dan gandingan semua peringkat kepimpinan parti dari tertinggi hingga ke akar umbi, kepercayaan masyarakat yang mengundi calon Barisan Nasional ini dan yang pasti, keredhaan dan rezeki yang Allah tentukan untuk kita sehingga mencapai kemenangan ini. Biarlah apa orang nak kata, apapun alasan pihak pembangkang, bagi yang bekerja bertungkus lumus memastikan kemenangan ini menjadi kenyataan, tahu hakikatnya UMNO dan Barisan Nasional berhak keatas kemenangan ini.

Turut menarik untuk disentuh disini ialah betapa golongan muda ataupun golongan yang digelar atas pagar ini seakan-akan telah menunjukkan reaksi positif terhadap perjuangan dasar yang dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional. Memang ini bukan menjadi penunjuk mutlak, tetapi walaupun hanya pilihanraya kecil, ini turut bermakna orang muda ini tahu apa yang terbaik untuk masa depan mereka. Malah, bagi Barisan Nasional mahupun UMNO khususnya, mendekati golongan muda ini serta memahami dan cuba memenuhi aspirasi mereka adalah langkah yang amat bijak. Lagi diharap pada masa depan dan seterusnya -kerajaan, Barisan Nasional mahupun UMNO harus terus berusaha memenangi hati golongan generasi pewaris masa depan negara ini.

Susunan strategi yang mantap daripada seluruh peringkat jentera UMNO serta rakan-rakan di dalam Barisan Nasional boleh diketorikan membanggakan. Masih ada ruang yang perlu diperbaiki dan jangan mudah mendabik dada. Kaki harus sentiasa berpijak di bumi nyata. Dalam politik, apa sahaja boleh terjadi dan yang paling menakutkan jika kita tahu sebabnya namun kita enggan membuat sesuatu terhadapnya. Ubah sebelum kita diubah..itu lumrah politik.

Jangan takut menyampaikan kebenaran. Gagah berani ketika mempertahankan hujan. Harus sentiasa pantas menangkis sebarang tohmahan yang dilemparkan terhadap kita. Jangan jadikan rakyat akar umbi sebagai mangsa dipergunakan dan disajikan dengan anasir-anasir fitnah. Sentiasa turun padang dan mendekati mereka. Jangan hanya tunggu pilihanraya atau majlis rasmi. Kita jangan lupa, masyarakat mahu perhatian, keperhatinan dan kesetiaan mereka diingati dari pemimpin yang mereka pilih. Terangkan kepada mereka fakta yang sebenar dan jadikan mereka sebagai mata dan telinga kita dalam memenuhi aspirasi rakyat. Semua pihak boleh berkata- kata menabur janji itu dan ini sebagai penyedap telinga mendengar tetapi jadilah mereka yang mengotakan apa yang dikatakan. Masyarakat dan rakyat amat menyanjung akan hal ini.

Bagi YB-YB yang baru, YB Syed Ibrahim (Kerdau) dan YB Roslan (Merlimau),mendapat mandat masyarakat dan tanggungjawab yang diamanahkan, lakukanlah kerja anda sebaik mungkin. Teruskan agenda demi agama,bangsa dan negara. Bukan mudah mendapat kepercayaan rakyat..jadi jagalah elok-elok. Jangan ditangguh-tangguh, ayuh hulurkan khidmat bakti. Rakyat didahulukan!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Hidup UMNO!

Hidup Barisan Nasional!