Khamis, 28 Januari 2010

Anak Emas DSAI Berbunyi...

Sdr. Azmin Ali, Naib Presiden PKR, mengeluarkan kenyataan mengatakan mempunyai bukti membabitkan orang UMNO di dalam kejadian serangan ke atas sebuah gereja di Desa Melawati awal bulan lalu dan sekaligus mewujudkan suasana tegang diantara kaum di negara ini...

Mudah sungguh menunding jari,menabur kenyataan tanpa kaki melangkah ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan bagi membuktikan kenyataan beliau. Semua orang boleh cakap itu dan ini..apatahlagi demi survival kepentingan politik diri. Mungkin ini yang dipelajari dari mentornya, DSAI..buat kenyataan sensasi, 'nanti tiba masanya, saya akan sampaikan bukti'..tapi habuk takde! Wujudkan senario dan biarkan rakyat membuat andaian,tanpa rakyat mendapat maklumat sebenar, hanya berita sensasi..(sebab rakyat la ni lebih gemarkan sensasi dari kebenaran dan sebab).. itu sajalah modus operandinya.

Jika benarlah apa yang dilafaz oleh beliau itu, jika benarlah PKR mementingkan keamanan negara dan perpaduan kaum, buatlah laporan rasmi..bawaklah segala bukti yang ada..biar undang-undang dan masyarakat menilai sendiri.. mengapa perlu sampai KDN datang berjumpa beliau untuk mendapatkan keterangan? Mengapa rakyat Malaysia yang lain tidak perlu dijemput tetapi sanggup tampil memberi kenyataan tanpa perlu dipanggil demi kesejahteraan negara? Istimewa sangat ke Naib Presiden PKR ini? (Mungkin dimata DSAI).. Jangan hanya mengeluar kenyataan dan menggunakan alasan 'tengah mengumpul bukti dan akan umumkan pada masyarakat pada masa terdekat'...mengapa tidak dapatkan dulu bukti sahih dan lengkap sebelum mengeluarkan kenyataan? Ini semua niat supaya masyarakat memandang serong kepada UMNO. Jadilah warganegara yang bertanggungjawab..keluarkan bukti. Saya percaya, seluruh rakyat Malaysia hendak mengetahui kebenarannya.

Jika benarlah ahli UMNO ada yang terlibat, ia bukanlah satu keputusan sebulat suara seluruh ahli parti..Ya! sebagai orang Islam, apabila isu Islam dijadikan taruhan, tidak kira siapa mahupun apa fahaman politiknya,kita akan marah dan terguris tetapi bagi UMNO,keputusan mahkamah tetap kita hormat dan berharap isu ini akan diselesaikan segera, dan berharap, isu ini diselesaikan cara baik dan akan memberi kemenangan untuk umat Islam..Masing-masing mempunyai pandangan sendiri..siapa yang tak marah jika isu membabitkan Islam dimainkan? Cuma cara menunjukkan perasaan tidak senang hati dan protes bergantung kepada kewarasan diri sendiri..mampukah kita menghalang orang yang ingin berjihad demi agama,bangsa dan tanahair? mampukah kepimpinan UMNO menghalang ahlinya daripada menyampaikan perasaan rasa tidak puas hati? Itu hak individu!

Ingat, tidak semestinya dalang yang menyerang gereja ini dilakukan atas nama UMNO(adakah bendera UMNO dikibar ketika serangan dibuat?)..tetapi datang dari perasaan individu itu sendiri tanpa mengira parti demi mempertahankan agama tercinta.

Saya percaya, jika ada ahli UMNO yang terlibat, dia juga akan dihukum oleh UMNO sendiri..tak perlu orang luar seperti Azmin untuk menghukum dan mengingati kita. Kita parti yang mendukung undang-undang negara..jika seseorang itu benar-benar terbukti melakukan kesalahan, apatahlagi mereka yang menyebabkan terjadinya ketegangan kaum dan merosakan perpaduan negara..UMNO sendiri akan mengheret mereka ke muka pengadilan. Kita tak peduli siapa orang itu..

Masa menentukan...hanya Allah Maha Mengetahui.

Allah'huakbar!

Hidup UMNO!