Isnin, 7 Oktober 2013

Kepada Allah Kami Berserah. Selamat Mengundi.

Pada 12hb. Oktober 2013, 7 Zulhijjah 1434H, Sabtu, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO akan meraikan demokrasi iaitu pemilihan parti dari peringkat bahagian hinggalah peringkat yang tertinggi. Dan ini juga merupakan pertama kali UMNO membuka ruang yang cukup luas dan amat terbuka kepada mereka yang layak serta berhasrat untuk menjadi calon tanpa perlu melalui pelbagai proses pemilihan. 

Meraikan demokrasi dan proses meremajakan UMNO selaras dengan perkembangan zaman moden yang kian mencabar. Namun, intipati dan asas penubuhan UMNO serta kedaulatan Perlembagaan Negara wajib dipertahankan.

Setiap calon pasti ada sebab dan kebolehan tersendiri demi memacu tugas sebagai seorang pemimpin. Diharapkan, calon-calon yang menawarkan diri bersedia untuk mengota apa yang dikata, melaksanakan tanggungjawab seterusnya mengekalkan semangat kekeluargaan sesama kita.

Selamat bertanding kepada rakan-rakan sekalian. Kepada perwakilan yang bakal menentukan hala tuju parti, selamat mengundi. Mengundilah dengan pemikiran yang tenang dan yakin. Tekadkan hati. Ini berkaitan UMNO, parti keramat, bukan kerana individu, hasad dengki dendam serta kekayaan dunia. Lakukan demi Islam, Melayu dan Tanahair.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Isnin, 19 Ogos 2013

Patah Tumbuh Hilang Berganti...

Alhamdullilah. Selesai sudah mesyuarat tahunan Pergerakan Pemuda UMNO (PPU) Cawangan Kampung Dalam 2013 malam semalam. Mesyuarat berjalan lancar dan penuh semangat kekeluargaan. Mesyuarat ini dihadiri wakil dari jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran serta disaksikan wakil pemantau.

Dan kali ini, tampuk kepimpinan PPU Cawangan telah berubah melalui pemilihan yang dipersetujui sebulat suara dan tanpa pertandingan.

Senarai kepimpinan baru Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Dalam, DUN Chenor adalah seperti berikut:

Pengerusi: Sdr. Muhd Syukry Luthfi Bin Shaiful Azman
Ketua: Sdr. Mohd Izwan Bin Hassan
Naib Ketua: Sdr. Dino Afizul Bin Abidin
Pen. Setiausaha: Noor Azmi Bin Tan Mohd Aminuddin
Bendahari: Sdr. Baharuddin Bin Hassan

Ahli Jawatankuasa:

Sdr. Mohd Foizi Bin Hassan
Sdr. Muhamad Salahuddin Bin Abdul Jabar
Sdr. Abu Bakar Omar Bin Kadir

*Satu mesyuarat akan diadakan kelak bagi memilih pegawai dan ahli jawatankuasa tambahan.

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Dalam melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan ketua kami, Sdr. Abd Razak Bin Kadir, atau lebih mesra dengan panggilan Abg. Jak diatas segala khidmat, sumbangan dan jasa sepanjang menjadi 'Chief' kami. Banyak yang kami pelajari dari beliau. Tidak dilupa juga kepada Naib Ketua kami, Sdr. Salim yang terkenal dgn sikap mesra serta kepimpinan dalam persatuan belia Chenor. Diharapkan mereka akan terus bersama kami memberi bimbingan dan nasihat.Terima kasih.

Moga dengan kepimpinan yang baru ini, PPU Cawangan kami akan dapat meneruskan legasi perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Kami sedar, tugas makin mencabar apatahlagi dalam menghadapi arus moden informasi tanpa sempadan. Setiap ahli harus perlu membuka minda dan melengkapkan diri dengan ilmu dalam usaha mematangkan diri serta memahami kehendak dan kebajikan generasi muda masa kini. Usaha mendekati mereka adalah tugas sepenuh masa.

Doakan perjuangan kami.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Hidup UMNO! Dirgahayu Negaraku!

Khamis, 15 Ogos 2013

Salam Aidilfitri. Sekapur Sirih Dari Kami..

Assalammualaikum dan Salam Aidilfitri buat rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pertama sekali mohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap dari kami, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Dalam, DUN Chenor. Maaf juga dipinta kerana sudah lama blog ini tidak dihuni dengan sebarang paparan. Kami tewas dengan kesibukan dan batasan masa.

InshaAllah, selepas ini kami akan sedaya upaya mendekati umum dengan sebarang info, suara hati, aktiviti dan madah perjuangan melalui ruang blog ini. Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Salam 1 Malaysia.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!