Rabu, 11 Ogos 2010

Ahlan Ya Ramadhanul Mubarak Hoirul Syahar

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan AlMubarak 1431H yang mulia ini. Moga kita menjadi insan yang bertaqwa dan dapat beramal dengan sebaik mungkin. Semoga sentiasa diberkati dan dilindungi Allah S.W.T

InsyaAllah.

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Rabu, 7 Julai 2010

Ringkasan Intipati Usul Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran 2010

Pada 26hb. Jun 2010 yang lalu, bertempat di dewan UMNO Pekan Tajau, Maran, Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran 2010 telah dilangsungkan dengan jayanya. Dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Mukhriz B.Tun Dr. Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sempena mesyuarat ini, satu usul iaitu usul politik telah dibawa oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran dan mendapat sokongan sebulat suara daripada para perwakilan.


Usul Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran
“Keistimewaan Ahli UMNO Melebihi Ahli Pembangkang”
Menginsafi bahawa dalam membentuk sebuah Negara bangsa yang berwibawa dan bermaruah memerlukan sokongan dan dokongan yang ampuh daripada ahli-ahlinya dalam menjana gagasan “1 MALAYSIA Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”. Keistimewaan merupakan hak dan istimewa yang perlu diberi kepada mereka yang sepatutnya memiliki hak atas apa yang diperjuangkan.
Menyedari bahawa dalam pelbagai aspek, ahli-ahli UMNO semakin terhakis hak dan keistimewaannya. Ahli-ahli UMNO seperti dianaktirikan, tidak dilayan dan diberi hak yang sewajarnya sebagai ahli parti yang memerintah. Sebagai sebuah parti yang memerintah adalah amat naif sekiranya ahli-ahlinya tidak memiliki keistimewaan melebihi daripada ahli-ahli pembangkang.
Meyakini bahawa di dalam jabatan-jabatan kerajaan terlalu ramai pegawai dan kakitangan yang menyokong pembangkang. Justeru akan menjadikan hasrat dan dasar kerajaan tidak dapat disampaikan dengan jelas. Pegawai-pegawai kerajaan harus telus berkomitmen tinggi dan beribawa agar segala hasrat kerajaan akan dapat disalur dengan betul tanpa ada unsur pengelewengan.
Selaras dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran membawa usul memberi hak keistimewaan kepada ahli-ahli UMNO kerana berasa kecewa dan sedih dengan senario semasa yang mana ahli-ahli UMNO tidak diberi keistimewaan sebagaimana mereka berusaha gigih untuk memenangkan parti. Tanah, rumah dan peluang pekerjaan diberi kepada ahli pembangkang. Di mana letaknya harga ahli UMNO? Adakah sekadar untuk gah dipandang tapi tidak mampu memiliki apa yang dipandang. Akhirnya ahli-ahli UMNO akan melayang.
Maka mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran yang bersidang pada hari ini, mengambil iltizam sebulat suara untuk:
1. Mendesak Majlis Tertinggi Parti memberi keutamaan kepada ahli UMNO dalam pembahagian tanah, rumah, peluang ekonomi dan pekerjaan.

2. Menyelidik dan mengenalpasti permohonan-permohonan kerja di jabatan kerajaan agar ahli-ahli UMNO diberi keutamaan.

Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Dalam, matlamat dan perjuangan yang ingin dicapai berkisar rapat dengan keperluan masa hadapan generasi muda dan belia – ekonomi dan rumah. Maka usul dan cadangan yang dibawa ke mesyuarat Perwakilan tersebut ialah:-
1. Memohon peruntukan bagi membina pagar di kawasan perkuburan serta peralatan berkaitan.
2. Memohon kelulusan lot-lot kosong untuk penempatan generasi muda.
3. Memohon Jabatan Perkhidmatan Haiwan memberi bantuan ternakan lembu.

Dalam memastikan matlamat tercapai, PPU Kg. Dalam akan sentiasa berjuang sehabis mungkin supaya masa hadapan dan keperluan ahlinya dan generasi muda terjamin. Kerjasama dan peluang-peluang latihan, ilmu dan ekonomi akan sentiasa dicari untuk kebaikan bersama. InsyaAllah.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Hidup UMNO!
Hidup Melayu!
Dirgahayu Negaraku!
Daulat Tuanku!

Jumaat, 2 April 2010

Setahun Sudah Khidmat Diberi, Amanah Dilaksanakan..

Hari ini, 3hb. April 2010 genaplah setahun usianya kepimpinan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak sebagai Perdana Malaysia yang ke-6.

Jika tanpa kekuasaan dan keizinan Allah, mustahil beliau dapat menjalankan amanah Allah sebagai seorang pemimpin sebuah negara Islam yang terdiri dengan pelbagai kaum ini. Bukan mudah untuk seseorang insan dengan masa sesingkat ini untuk membetulkan segala masalah membabitkan agama,bangsa dan negara. Apatahlagi adanya tangan-tangan jahat yang cuba mengganggu gugat keharmonian dan kestabilan negara..

Sikap keterbukaan, yakin, berani, bijak, pantas, berkarisma, mesra dan rajin turun padang mendekati, mendengar denyut nadi dan memahami permasalahan rakyat tanpa mengira agama,kaum mahupun fahaman politik menjadikan Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak disukai dan mudah diterima rakyat. Itu fakta!

Ketika beliau menduduki tampuk kerusi Perdana Menteri, beliau telah dihidangkan pelbagai masalah terutamanya ketika berlakunya kejutan tsunami di dalam UMNO dan Barisan Nasional pasca Pilihan Raya Umum ke-12 serta ketidak tentuan ekonomi global. Pastinya beliau tahu cabaran tugas sebagai seorang Perdana Menteri dan memahami pelbagai masalah yang ada dan mungkin timbul, namun beliau berani dan berkomitmen penuh menyahut cabaran dan amanah rakyat untuk mengembalikan kegemilangan, kestabilan negara dan kekuatan politik UMNO dan BN. Bukan mudah melakukannya sekaligus dalam masa sesingkat setahun. Apatahlagi. musuh yang menyerang bukan dari luar, tetapi turut datang dari mereka-mereka yang sanggup menjatuhkan maruah negara dan bangsa sendiri demi matlamat politik ingin bergelar Perdana Menteri, meskipun mendudukinya secara haram! Tuduhan demi tuduhan liar serta fitnah melampau dilemparkan kepada beliau dan kepimpinannya dapat ditangani dengan bijaksana dan tidak mudah melatah. Malah kesabaran beliau dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu permasalahan amat dihargai kerana ia dilakukan secara pantas, tepat dan mudah.

Pengenalan Gagasan 1 Malaysia, NKRA, KPI, MEB, Pakej Rangsangan Ekonomi adalah antara intipati idea Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan kepimpinannya yang berjaya membawa negara keluar dari belenggu permasalahan merundumnya ekonomi global dan menyatupadukan keharmonian penduduk berbagai kaum negara. Meskipun ada yang mempertikaikannya, (Biasalah tu, manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada dan tidak mudah mengakui kebaikan sesuatu perkara itu demi kepentingan diri..) dengan usia yang baru setahun, pelbagai idea dan jalan penyelesaian diperkenalkan demi kesejahteraan rakyat dapat dijalankan. Bangkitnya negara dari kejatuhan ekonomi global adalah hasil daripada kebijaksanaan Y.A.B Dato' Sri sehingga beliau digelar Reformis Ekonomi oleh pakar-pakar ekonomi dunia yang turut kagum dengan cara beliau menanggani masalah ekonomi ini dengan pantas dan segera.

Tahniah dan selamat maju jaya kami ucapkan dari hati nurani ikhlas ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO (P.P.U) Kampung Dalam, DUN Chenor. Semoga Y.A.B Dato' Sri dapat meneruskan prestasi yang lebih gemilang demi keagungan dan kekuatan agama, bangsa dan negara. Berjuanglah dengan ikhlas dan berkeyakinan tinggi. Kami berikrar akan sentiasa berjuang dan berdiri teguh bersama kepimpinan Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. InsyaAllah.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Hidup UMNO!
Hidup Melayu!

24hb. April 2010

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil P-94 Hulu Selangor akan diadakan pada 24hb April 2010. (InsyaAllah, jika ada pertandingan dan tiada insiden yang boleh menyebabkan pilihan raya ditangguhkan..)

Al-Fatihah buat Allahyarham Dato' Dr. Zainal Abidin Ahmad..

Bagi kita, semangat Barisan Nasional amat penting kerna kerjasama yang jitu memungkinkan kemenangan gemilang kembali ke pangkuan BN..

Isu calon kita serahkan kepada kebijaksanaan Pengerusi Barisan Nasional, yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Biar beliau menggunakan kuasa,budibicara dan penilaian terbaik..tiada 'boss' yang mahukan partinya kalah..yakini beliau akan memberikan keputusan terbaik..pokok asasnya ialah kemenangan kerana pilihan raya ini turut bakal menjadi ukuran penerimaan rakyat terhadap kepimpinan beliau dan sokongan terhadap Barisan Nasional keseluruhannya..Ini juga menjadi penilaian terbaik kita untuk melihat kebijaksanaan pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor, samaada sudah sedar atau masih mengantuk disorong bantal dengan dakyah dan politik jengkel Penipu Rakyat (PR)..

Sesiapa pun calonnya..perlu memenuhi aspirasi dan harapan rakyat. Seperti biasa, kriteria yang perlu ada pada seseorang calon itu ialah mesra serta mendampingi rakyat, memahami kehendak dan membela untung nasib rakyat, bersikap sederhana dan merendah diri, selalu turun padang, menunaikan janji, bijak menangani masalah dan berani menyahut cabaran. Saya pasti, semua parti akan menyatakan calon mereka mempunyai ciri-ciri tersebut.. (PR pun kata calonnya ada semua kriteria tu..tapi hampeh..setakat ni takde satu pun ciri-ciri asas ni ada pada mereka..kalau ada pun mungkin sebesar kuman, contohnya berapa sangat janji-janji dan gula-gula yang ditaburkan pada PRU-12 mereka buat dulu dapat ditunaikan?)

Setiap parti ada calonnya dan pastinya masing-masing mempunyai alasan dan kekuatan tersendiri. Dan bagi MIC yang beria-ia mahukan calonnya bertanding adalah barangkali bagi menutup malu prestasi sugul PRU-12 lalu sekaligus membuktikan parti itu masih mendapat tempat di hati masyarakat terutama bagi kaum India..dan bagi MCA barangkali ini menjadi medan penentu peringkat awal sokongan rakyat terutamanya pengundi Cina terhadap kepimpinan Presiden barunya, Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek. Pastinya isu calon dari MCA bukan agendanya tetapi ialah transformasi baru dalam usaha merapat dan memperkuatkan MCA..

Bagi UMNO, ketika PRU-12 lalu, prestasi parti keramat Melayu ini tetap utuh walaupun rakan-rakannya tumbang..Dengan peratusan pengundi Melayu yang paling tinggi di sana, ditambah fakta sesungguhnya Hulu Selangor ialah antara kubu kuat UMNO di Selangor (3 DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor dikuasai oleh ADUN dari UMNO) dan agak mengejutkankan, UMNO hanya pernah memimpin P-94 pada tahun 50an sesingkat 2 tahun dan jika difikir, jika 'adil' dijadikan ukuran, wajarlah UMNO yang diberi peluang untuk mengambil alih kerusi P-94 ini..serta jangan kita lupa, rakyat telah menolak calon MIC pada PRU lalu ( dan tidak mustahil ini boleh berlaku lagi..) Akhir sekali, dan bukan menidakkan sumbangan anggota komponen lain, selepas PRU-12, parti UMNO dilihat terus bangkit, paling pantas dan kuat bekerja dalam usaha mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN. Malah ketika parti-parti komponen BN yang lain menghadapi krisis dan masalah, (walaupun UMNO turut menghadapi masalahnya sendiri), UMNO dijadikan 'tempat mengadu' dalam membantu parti-parti ini menyelesaikan masalah biarpun bukan semua(kerana bukan amalan kita mencampuri urusan rakan-rakan kita). UMNO juga menjadi tiang seri utama dan bukti Barisan Nasional masih kukuh. Ini adalah antara asas-asas mengapa calon dari UMNO adalah calon terbaik untuk bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor ini.

Tetapi seperti yang dinyatakan pada awalnya, soal calon jangan diperdebatkan sehingga boleh mewujudkan sengketa diantara parti komponen BN. Ingat asas dan tujuan semangat setiakawan BN. Kesejahteraan rakyat dan negara menjadi keutamaan. Kalah atau menang, khidmat kepada masyarakat tidak boleh dan InsyaAllah, tidak pernah diabaikan. Itu yang menjadikan Barisan Nasional sentiasa mendapat tempat di hati rakyat. Kalau kita bertelagah sesama sendiri, disebabkan perkara yang boleh diselesaikan perbincangan, bagaimana rakyat hendak yakin kita mampu memimpin dan menjaga hal ehwal mereka?

Yakinlah dengan keputusan dan kebijaksanaan Pengerusi Barisan Nasional untuk memilih calon. Jangan ditekan dengan pelbagai isu kerana akhirnya yang keliru adalah rakyat..Beliau pasti menilai dari segenap inci sebabnya, mengapa dan siapa yang bakal dicalonkan. Suara akar umbi dan pengundi Parlimen Hulu Selangor yang paling penting, bukan pemimpin parti. Daripada mana parti yang diwakili, yang penting bendera Barisan Nasional akan dikibarkan sebagai tanda satu hati dan kesepakatan sesama kita.

Perjuangan, kebijaksanaan, strategi dan setiap langkah bakal menjadi penentu menang atau tersungkurnya kita di sana. Tugas kita adalah memberi penerangan terperinci setiap usaha dan komitmen kita dalam memberi jaminan keselesaan serta memenuhi agenda kesejahteraan rakyat. Dengar luahan nurani mereka.Kita juga harus sentiasa bersedia, bijak dan berani menangkis sebarang tohmahan dan fitnah Penipu Rakyat dalam usaha mengelirukan dan menyemai perasaan benci terhadap kerajaan Barisan Nasional dan UMNO khasnya. Berani kerana benar..Ingat, mereka akan menyerang kita dengan budaya ala samseng jalanan, beruk di zoo, provokasi, gertakan dan permainan kotor.Gunakan kebijaksanaan kita..jangan terikut-ikut dengan rentak mereka, jangan ia melemahkan kita.Mungkin PR sudah lupa darah Melayu yang mengalir dalam badan kita..kesabaran kita ada hadnya..

Mari kita sama-sama memberi kesedaran kepada para pengundi P-94 akan kepincangan dan pembohongan PR serta 'matlamat menghalalkan cara' politik sempit mereka..

Peringatan kepada rakan-rakan di dalam BN, jangan berkecil hati, iri hati dan berdendam serta menjadi duri dalam daging jika calonnya tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor ni..bekerjalah bersama-sama demi menjamin kemenangan gemilang Barisan nasional, InsyaAllah.

Ayuh warga UMNO, iringan perjuangan kita dengan doa dan semangat 1 Malaysia. Sama-sama kita berkerja dengan ikhlas dan gigih dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional. InsyaAllah..

Jumpa di sana..

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Hidup UMNO!
Hidup Melayu!
Dirgahayu Negaraku!
Daulat Tuanku!

Rabu, 31 Mac 2010

Episod Hari Ini..31 Mac 2010

Hari ni semua media elektronik menyentuh serta memaparkan tentang kekecohan yang berlaku pada hari kedua sidang DUN Perak.. Saya terpanggil untuk mengulas sedikit tentang kejadian hari ini biarpun sebenarnya tak perlu kerana kita tahu perangai kebudak-budakan Wakil Rakyat pembangkang..budak-budak jangan dilayan sangat.. dan diharapkan rakyat dapat menilai sikap mereka dengan membuka mata dan minda seluas-luasnya..kerana ini berkaitan dengan suara dan masa depan anda..

Mula-mula saya senyum, pastu geleng kepala, timbul perasaan marah dan last sekali..meluat dan menyampah..rasa macam nak dihenjak kaki ni ke muka-muka Wakil Rakyat pembangkang..kononnya dengan muka bengis, terjerit-jerit seperti kera di tepi jalan, bersikap rebel, mundar mandir didalam dewan mulia, membawa sepanduk murahan cetakan A3, cuba tunjuk kuat dan cuba bergaduh dengan petugas sidang DUN..sudah cukup menggerunkan? percayalah, kalau bukan didalam dewan, secara one by one, dan tiada tindakan undang-undang akan diambil, lama dah ADUN DAP tu kena hentak secukupnya dengan petugas sidang DUN terbabit.. Inikah sikap seorang yang bergelar Dato' Sri, Dato' hatta Yang Berhormat dan mereka yang berpelajaran tinggi? sia-sia didikan agama yang ada..sia-sia didikan ibupabapa..

Kalau macam nilah berterusan sikap Wakil Rakyat pembangkang bila tiba sidang DUN, amat malanglah pengundi-pengundi mereka. Biarpun bukan sebagai pemerintah, mereka tetap dipilih mewakili suara dan luahan mereka untuk dibawa ke peringkat tertinggi pengurusan negeri Perak..tetapi kalau dramanya tetap sama, pengundi mereka tiada suara langsunglah..sebab Wakil Rakyat mereka hanya tahu berjuang untuk kepentingan diri sendiri..bukan rakyat!Takkan selesailah masalah yang dihadapi pengundi mereka.. mereka tahu tak bahawasanya pengundi mereka pun dah bosan asyik hal yang sama ditimbulkan..hal ehwal mereka tak diselesaikan juga.. Ingat!tidak kira kita pemerintah atau pembangkang, amanah rakyat perlu dilaksanakan.. takkanlah pembangkang ni tak boleh bersabar langsung untuk menunggu kehadiran PRU-13? sabar sikit,bukan lama sangat dah.. gi buat kerja, bukan buat masalah..

Apa lagi perlu dikecohkan? Mahkamah telah buat keputusan..dan jangan lupa..perkara ini diheret ke mahkamah oleh PR Perak sendiri.. (aktiviti lompat-melompat parti pun dicipta oleh mereka juga, jangan sesekali lupa fakta itu..terkena batang hidung sendiri..baru tau tinggi rendah langit)..masa keluar keputusan dulu, kata akan menerima keputusan biarpun masih pertikaikan (dah adat pembangkang..) dan berikrar akan menjadi pembangkang yang berhemah..tapi seperti biasa, cakap tak serupa bikin..cittt!! hmm..sesuailah dengan nama PR..Penipu Rakyat!..sampai mati pun akan cuba mengelirukan dan menipu rakyat!

Satu lagi isu ialah kenyataan tak sudah-sudah penasihat DAP yang asyik meminta Timbalan Perdana Menteri meletak jawatan sebab tidak mengamalkan Gagasan 1 Malaysia sebenar..

Lim Kit Siang adalah manusia yang paling tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan 1 Malaysia!!!!

Apabila Lim Kit Siang mencabar TPM kita, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin, sama ibarat mencabar hak orang Melayu di tanahair sendiri..jika keluar sepatah perkataan 'Melayu' dari mulut TPM, terus dianggap seorang yang hanya mementingkan orang Melayu sahaja.. kalau benarlah akan hal ini, lama dah bangsa lain duduk kebulur dalam negara Malaysia ni..dah memang dasar tak tahu berterima kasih! Jgn lupa, orang Melayu masih ramai lagi merempat di negara sendiri jika dibandingkan dengan bangsa lain..

Syabas kepada TPM kita yang menganggap kenyataan itu sesuatu yang tak perlu diambil pusing..

..biarlah dia nak menyalak kat bukit..

Macam nilah, diringkaskan..beliau patut tanya diri sendiri..adakah beliau sendiri menerima Gagasan 1 Malaysia? dia barangkali tak sedar, dia sendiri mengamalkan dasar perkauman..jangan asyik mempersoalkan hal orang Melayu..(barangkali beliau berani mengeluarkan kenyataan kerana disokong oleh pengkhianat Melayu sendiri..)

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Hidup UMNO!
Hidup Melayu!
Daulat Tuanku!
Dirgahayu Negaraku!

Jumaat, 26 Mac 2010

Mulakan Setiap Langkah Dengan Bismillah..

Pada 27 Mac 2010(Sabtu), mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dijangkakan akan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kepada saudara-saudara dan rakan seperjuangan yang bakal hadir ke mesyuarat diharap apabila pulang semula ke desa, dapatlah kiranya membawa balik manfaat dan informasi hasil dari mesyuarat ini untuk dikongsi bersama mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir. Sebarkan demi kepentingan sejagat. Hadir kita ke dewan PWTC dengan terpahat azam, sesuci jiwa dan niat demi Islam, Melayu dan Tanahair tercinta..

Jangan lupa, jaga tingkahlaku, perwatakan dan disiplin bersesuaian dengan zat kita yang lahir di muka bumi ini sebagai Islam Melayu di mana didalamnya sudah terkandung keimanan dan tata susila kesantunan bangsa.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Demi Allah dan Rasul, kita melindungi keagungan dan kesucian Islam, mempertahankan bangsa serta mendaulatkan negara dan institusi raja-raja Melayu.

Dirgahayu Negaraku! Hidup Melayu! Daulat Tuanku!

Jumaat, 26 Februari 2010

Siapa Yang Melatah dan Tak Tentu Arah Sebenarnya?


Satu lagi percubaan murahan dan terdesak pembangkang dalam usaha memburukan pemimpin dan parti UMNO serta kerajaan..

"Aduhai YB Dato' Tan Aminuddin.......Kenapa kamu Melatah, Tak Tentu Arah???"

Aduhai YB Dato' Tan Aminuddin, sampai hati kamu menghalau kami dari Rancangan Felda kami. Selama ini kami telah memberi undi dengan tidak ragu-ragu kepada YB Dato' Tan hingga YB Dato' menjadi Ahli MMK Negeri Pahang. Kami juga telah memberi undi kepada UMNO dan Barisan Nasional hingga UMNO dan Barisan Nasional dapat memerintah Negeri Pahang Darul Makmur ini. Sampai hati Dato' Tan suruh kami keluar dari Felda - "Inilah Habis Madu Sepah Dibuang......"

Kami ucapkan terima kasih kerana menghalau kami tetapi kami tidak akan keluar dari Tanah Rancangan. Tanah Rancangan ini adalah hak kami. Kami telah membayar segala hutang dan kami tidak berhutang dengan Felda atau dengan YB Dato' Tan atau dengan UMNO atau dengan sesiapa jua. Kami disini zahir untuk menunaikan amanat daripada Pengasas Felda untuk mencari rezeki halal disamping menaik taraf ekonomi Negara.

Minyak Kelapa Sawit hasil titik peluh kami telah dipasarkan ke seluruh dunia dengan Kerajaan Negeri Pahang serta Kerajaan Malaysia telah mengutip berbillion-billion ringgit cukai dari hasil titik peluh dan tulang empat kerat kami.

Oleh itu kami tidak akan keluar rancangan tetapi kami akan keluar mengundi di PRU 13 akan datang untuk menolak Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dari Negeri Pahang Darul makmur ini.

Salam dari kami wahai Dato' Tan - Kami di halau tetapi anda dan UMNO yang akan terkeluar !!!!

Daripada Suarahati Peneroka Felda Kota Gelangi 1 dan seluruh Gugusan Felda Negeri Pahang Darul Makmur"

posted by hatta at 1:18 PM on Feb 10, 2010


: Dipetik daripada http://pkrpahangdm.blogspot.com/ bertarikh 10 Februari 2010

(Penulis cuba memberi komen di laman blogspot tersebut tetapi mengalami masalah teknikal)


Kenyataan yang cetek pemikiranya, berkepentingan sehingga sanggup mewujudkan perpecahan diantara peneroka dan mewujudkan kebencian kepada pemimpin demi survival dalam cubaan terdesak meraih perasaan simpati kepada PR - itu ulasan ringkas terhadap kenyataan di atas.

Jika ibarat habis madu sepah dibuang, ini pepatah yang sesuai untuk anda golongan 'masuk air' dan pembangkang..'ibarat melepaskan anjing tersepit!'..Bila memerlukan sesuatu, lembut lidah dari gigi, bila sesuatu permintaan'masih dalam pertimbangan',kerajaan diasak dan diugut...bila dah dapat, pun masih menghentam dan 'menggigit' tangan yang bertanggungjawab membantu melalui apa yang termampu..itulah sikap pembangkang..'kufur nikmat'.

Majoritinya,ramai peneroka di seluruh negara yang tahu berterima kasih apabila diberikan bantuan, tidak kira kecil atau besar bantuannya.. tetapi disebabkan dua tiga kerat manusia yang berhati busuk, mempunyai agenda, terpalit juga kepada mereka yang ikhlas..kerana nila setitik..Terima kasih kembali atas kerjasama dan sumbangan anda. Sama-sama kita membantu demi kesejahteraan bersama.

Ingat, kerajaan tidak mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik dalam memberi bantuan dan galakan. Kalau kerajaan mementingkan fahaman politik, takde penyokong pembangkang yang berkhidmat dalam sektor kerajaan mahupun mendapat bantuan PPRT,kontrak-kontrak pembinaan, bantuan kewangan, wujudnya kem-kem pembangkang dalam Felda dan sebagainya. Sebab kerajaan mahu bertindak adil atas dasar kewajiban sesebuah kerajaan dan hak anda sebagai warganegara. Orang UMNO sendiri mengeluh terpaksa kadang-kadang melihat sahaja penyokong pembangkang menikmati hasil bantuan kerajaan..dah la dapat bantuan, tak reti bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan. Tapi sudah menjadi dasar kerajaan yang tidak mengira siapa.

Kita sebagai manusia pun akan rasa marah dan terguris jika bantuan dan peluang yang diberi dibalas dengan 'sikap menikam dari belakang'. Tajuk 'kenapa kamu melatah, tak tentu arah?' adalah tidak tepat kerana kenyataan yang dibuat Y.B Dato' Tan bertujuan untuk memberi kesedaran dan mewujudkan kesetiaan peneroka kepada kerajaan dan Felda khasnya.Bukan langsung niat hendak menghalau..tetapi seperti biasa, siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya.. kalau sedikit cabaran dan teguran diterima secara negatif dan tak boleh terima langsung..mungkin ada batu besar duduk dalam kepala anda! (pembangkang memang batu!)
Dan kenyataan tidak akan dibuat secara membabi buta jika tiada orang yang melaporkan pemasalahan perihal 'sikap si talam dua muka menikam belakang yang dilakukan peneroka berhaluan pembangkang'. Mereka yang menyokong kerajaan mahukan pihak kerajaan tidak membuang masa membantu mereka yang tidak tahu berterima kasih ini..bantulah mereka yang benar-benar wajar mendapat pembelaan. Mereka yang benar-benar menjadi mata, telinga dan tulang belakang kerajaan. Mereka yang benar-benar mahukan perubahan dalam taraf hidup tanpa membabitkan diri dengan politik yang berniat memecah-belahkan keharmonian peneroka.

Letih kerajaan nak membantu orang yang tak nak langsung membantu dan memahami kerajaan..lebih baik membantu mereka yang benar-benar ikhlas mengusahakan ladang serta tahu berterima kasih dan memberi sokongan kepada kerajaan..

Itu sahaja yang diminta oleh kerajaan.Kesetiaan, kesedaran,kerjasama serta tahu bersikap rendah diri dan syukur dengan nikmat yang diperolehi.

Ingat kembali siapa mewujudkan Felda dan apa sebabnya diwujudkan. Mungkin dah lupa kerana kalau tidak masakan bila dah berjaya..nak 'digigit' pulak tangan yang membantu.. Kenyataan "Kami disini zahir untuk menunaikan amanat daripada Pengasas Felda untuk mencari rezeki halal disamping menaik taraf ekonomi Negara" memang ada benarnya tetapi amanat utamanya ialah "mengubah, membaiki dan sekaligus menaikkan taraf hidup ekonomi diri dan negara", bukan mencampur-adukkan rezeki yang disediakan dengan politik cetek.. dan nak tanya, kalau bukan idea Allahyarham Tun Abd. Razak dulu(PM dan Presiden UMNO dulu), agak-agak orang Malaysia kenal tak apa itu sektor perladangan kelapa sawit dan Felda? Adakah 'peneroka' itu akan wujud? Felda wujud sebelum wujudnya Parti Keadilan Rakyat ini!!! (PKR pun wujud sebab ramai petualang UMNO yang tak dapat kuasa mahupun yang tak reti maksud setia) . Jangan diungkit apa jasa yang telah anda beri kepada pihak Felda dan kerajaan kerana jasa yang anda curahkan itu bukan secara percuma malah dinilai dan dibalas sebaiknya oleh kerajaan.Masyarakat peneroka dan Felda masing-masing mempunyai tugas dan kepentingan.

Bila kenyataan yang berbunyi 'Kami telah membayar segala hutang dan kami tidak berhutang dengan Felda atau dengan YB Dato' Tan atau dengan UMNO atau dengan sesiapa jua.', adalah satu kenyataan yang angkuh dan sombong kerana di akhirnya, pasti jugak mengharapkan bantuan Felda dan pemimpin..jangan nak nafikanlah..

Dan jangan gunakan 'Daripada Suarahati Peneroka Felda Kota Gelangi 1 dan seluruh Gugusan Felda Negeri Pahang Darul Makmur' kerana anda bukanlah suara mutlak sebenarnya, sedarlah diri!..jangan asyik nak mewujudkan suasana membenci dan menghentam.Cuba memecah belahkan peneroka..Ingat perbuatan anda dipandang mulia di sisi Allah? Jika dirasakan anda ingin memilih Pakatan Rakyat mewakili anda pada PRU-13 nanti, itu hak anda sebagai rakyat Malaysia. Jangan menyesal kemudian hari..jangan sampai tergadai maruah Islam, Melayu dan Tanahair(Takut mata dan hati dibutakan tidak mahu melihat atau mendengar rintihan orang Islam Melayu yang ditindas dan ditidakkan haknya secara senyap, apatahlagi kedaulatan perlembagaan dan isi kandungannya yang cuba 'dirogol' oleh PR) Percayalah, jika PR memerintah, digunakan juga formula Felda dan kerajaan untuk mentadbir dan mengurus..senang dan mudah..sebab orang dulu dah berpecah otak memikirkan segala permasalahan dan penyelesaian untuk kesejahteraan dan taraf hidup warga peneroka Felda ni..'masuk cuci tangan je la...'

Yakini jika anda seorang Peneroka yang tahu menikmati kesyukuran dan tahu berterima kasih, anda akan setia kepadanya.. Jangan diingat hanya kepada perkara yang berlaku semalam tetapi melupakan terus apa yang berlaku di dalam lipatan sejarah terdahulu..tanpa sejarah, tak wujudlah keutuhan dan kejayaan kita sehingga kini..Nilai lah yang terbaik..para peneroka adalah suara tulang belakang negara..kekuatan dan benteng orang Melayu tulen. (Jika benar-benar ikhlas berjuang dan menjaga hak Islam, Melayu dan Tanahair)

Bukan mudah memenuhi kehendak semua.Bukan semua kehendak dapat dipenuhi tetapi jaminan diberi, setiap permasalahan tak akan dilupai, mungkin mengambil masa tetapi InsyaAllah, ia dapat diselesaikan. Pihak kerajaan dan peneroka harus faham memahami dan bertolak-ansur antara satu sama lain dalam mencari penyelesaian untuk sebarang apa jua masalahnya.Tiada apa yang tidak dapat diselesaikan melalui rundingan dan sikap bertolak ansur. Jangan jadikan ugutan dan perasaan tidak puas hati mengatasi segalanya dalam usaha mendapatkan sesuatu.Sikit-sikit ugut..sampai lupa apa yang dah diberi oleh kerajaan..apakah kita bangsa yang hanya tahu mengugut sahaja, yang kesetiaannya mudah digadai tetapi tidak mahu berusaha dan beriktiar untuk mencari jalan lain supaya taraf hidup dapat dipertingkatkan? Dah tiba masa peneroka lebih berdaya saing dan berenovasi tanpa mengharapkan 100% bantuan daripada kerajaan.. kita bukan lagi hidup di zaman lampau..anak-anak kita pun sudah ramai menuntut di menara gading.. Fikirkanlah...Perkara yang membabitkan warga Felda adalah antara perkara yang paling penting dalam agenda negara dan kerajaan..kerajaan akan sentiasa berusaha memenuhi kehendak rakyat sebaik mungkin secara rasional dan bijaksana kerana itu amanah rakyat..UMNO/BN dan kerajaan hari ni tidak dapat memerintah jika tidak diberi keizinan Allah yang Esa.. lupa ke?

(Kepada penulis kenyataan di atas,En. Hatta, bagaimana anda mengatakan anda mengundi UMNO/BN pada pilihanraya lalu jika anda terang-terang menyokong PR?)

Allah Maha Mengetahui segalanya.

Khamis, 25 Februari 2010

12 Rabiulawal 1431


Pada 12 Rabiulawal setiap tahun, umat Islam di Malaysia menyambut hari keputeraan Rasulullah S.A.w. Selamat menyambut hari Maulidur Rasul 1431 kepada seluruh umat Islam dimana jua anda berada..
Sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Moga keperibadian dan kepimpinan Baginda menjadi panduan, contoh unggul dan tunggal buat kehidupan kita sekalian umat.
InsyaAllah.

Rabu, 24 Februari 2010

Eh..Ngata Ke Dulang..

Inilah sikap pembangkang..'matlamat menghalalkan cara'.. Jika sesuatu perkara itu dilakukan mereka, tidak mengapa..jangan persoalkan. Semua baik..semua halal dan nama rakyat digunakan..rakyat mana? Maklumlah, penyokong mereka sampai ke Australia dan Amerika.Tetapi jika dilakukan oleh pihak Barisan Nasional, apatahlagi UMNO..habis dipukul canang oleh mereka..memperbesarkan isu kecil dan terpinggir..barangkali mereka rasa Barisan Nasional dan UMNO tiada kerja lain yang lebih penting perlu dibuat dan ditangani. Inilah dinamakan ujian Allah kepada mereka yang benar.

Isu yang ingin dibangkitkan disini ialah kenyataan PAS yang mempertikai UMNO menggunakan kemudahan dewan UiTM Jengka untuk majlis Konvensyen UMNO Pahang yang berlangsung selama 3 hari bermula 20 Februari lalu. Ketika majlis dilangsungkan, ia sama sekali tidak membabitkan pelajar kerana ia dilangsungkan secara tertutup sehingga pihak media pun dilarang untuk membuat liputan. (Mahasiswa Mahasiswi sedang bercuti pada ketika itu). PAS turut mempertikaikan jika terdapat kebenaran Menteri Pengajian Tinggi (kerana beliau Ahli MT UMNO, sudah tentu Menteri memihak kepada UMNO katanya), mengaitkan Akta UiTM 174 dan dana kerajaan sehingga meminta Jabatan Audit Negara dan SPRM masuk campur.

Saya faham, pihak PAS sebenarnya takut UMNO cuba mempengaruhi minda mahasiswa dan mahasiswi UiTM. Atau sebelum ini barangkali mereka cuba menggunakan dewan UiTM tapi tak berjaya mendapat kebenaran..Tetapi pada hari tersebut, bukan itu matlamatnya. Matlamatnya memperkasakan UMNO Negeri dan menghasilkan resolusi untuk dijadikan garis panduan UMNO Negeri. Barangkali juga, PAS lupa UiTM wujud atas usaha kerajaan dan UMNO untuk pendidikan dan menjamin masa depan anak Melayu Bumiputera tanpa boleh diganggu gugat bangsa lain. UMNO jugalah penyebab wujudnya UiTM ini.

Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob telah menjawab dan membidas kenyataan PAS itu secara terang dan tepat. UMNO membayar sewa dan memohon kebenaran secara rasmi penggunaan dewan mengikut syarat yang telah ditetapkan pihak UiTM. Pihak UiTM telah memberikan kebenaran dan kuasa. Saya pasti pihak UiTM sudah menilai melalui perbagai aspek mahupun dari segi perundangan sebelum memberi kebenaran kepada UMNO Negeri. Kenapa persoal UMNO dan bukan kepada pihak UiTM yang memberikan kebenaran?

PAS hanya nampak apa yang dirasakan mereka UMNO mengambil kesempatan. Bagaimana pula dengan mereka? PAS dan Pakatan Rakyat sering menggunakan institusi pengajian tinggi sebagai tempat untuk mereka melakukan seminar, ceramah dan kempen politik mereka. Sebagai contoh di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS),Bangi. Malah terang-terangan menyasarkan kepada pelajar dalam usaha mengembangkan ideologi politik mereka kepada para mahasiswa dan mahasiswi (pelajar-pelajar UIA,UM,UKM,UPM, UNISEL) Bukankah menara gading sepatutnya tempat anak-anak muda harapan negara menuntut ilmu tanpa dipengaruhi ideologi politik. Mengapa diganggu fikiran, tumpuan dan tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar. Mengapa tidak dibiarkan mereka membuat pilihan politik setelah tamatnya pengajian? Dimana kualiti pelajar universiti? Dah dicampur-aduk dengan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya...sehingga pelajar lupa pada tanggungjawab sebenar dan harapan ibubapa serta negara.

Fikir-fikirkanlah..

Allah Maha Mengetahui.

Selasa, 23 Februari 2010

"Buta Hati"

Merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 24 Februari 2010, Rabu di mukasurat
N2: Nasional yang bertajuk "Hanya Anwar Layak Jadi PM: Guan Eng". Bukan tajuk itu yang hendak dibincangkan, sebab takde apa yang hendak dibincangkan..sekadar satu kenyataan untuk menjaga hati mahupun mengampu, atau pun menutup sikap sebenar DAP di dalam Pakatan Rakyat dan kononnya Pakatan Rakyat sebuat parti yang saling bertolak ansur sesama sendiri..tergelak bila memikirkannya.

Isu di sebaik tajuk itu yang sebenarnya yang hendak dibincangkan. Guan Eng mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas kenyataan dan cadangan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Abdul Aziz Bari bahawa Guan Eng layak dipilih sebagai antara calon Perdana Menteri Malaysia bukan Islam..Profesor yang dah cukup pandai ni juga mencadangkan jawatan Perdana Menteri Malaysia lebih layak dipilih dalam kalangan bukan Melayu dan bukan Islam..

Betulkan saya jika kenyataan saya ini salah sebab saya tidak berkesempatan membaca kenyataan penuh Profesor ini melalui tulisannya di ruangan 'Perspektif' Sinar Harian. Cukup bagi saya untuk memahami isi-isi penting kandungan penulisan beliau..

Apakah kewajaran tulisan dan cadangan itu dibuat?Lupakah apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara? Bangsat sangatkah kepimpinan orang Islam Melayu Malaysia di atas bumi Tanah Melayu Malaysia sendiri? Butakah hati dan pemikiran manusia yang bergelar Profesor ini? Inilah jadinya bila rasa diri dah terlalu pandai dan berfikiran terbuka tanpa mengira perasaan dan sentimen kaum yang seagama dan sebangsa dengan beliau? Kalau sekalipun tulisannya berputik dari hati dan fikiran terlalu benci pada kerajaan memerintah sekarang, itu hak beliau..masing-masing ada alasannya tetapi jangan sampai sanggup memperlekeh kepimpinan orang Islam Melayu yang ditentukan Allah untuk memimpin sebuah negara Islam. Malaysia ini hak dan tanggungjawab ditetapkan Allah kepada kita, orang Islam Melayu!

Mungkin jika cadangan beliau ini satu hari nanti menjaga kenyataan, baru beliau tahu bagaimana hidup dipinggir di bumi sendiri,betapa tinggi atau rendahnya langit..barangkali beliau hendak sangat bertuankan bangsa lain..Tak nampakah beliau pada hari ini sahaja..orang Islam Melayu sahaja yang bertolak ansur dalam hampir semua perkara, dan yang benar -benar berusaha mewujudkan perpaduan dan keharmonian demi negara..adakah "mereka" juga melakukan perkara yang sama? (Merujuk kepada kebanyakan kenyataan kolumnis akhbar Cina yang rata-rata mempersoal isu orang Melayu dan Islam serta memperlekeh dan memandang sinis amalan 1 Malaysia kerajaan. Tapi apa usaha mereka kini untuk membantu mempertahankan amalan harmoni negara yang dibina selama 52 tahun?)

Adakalanya mulut itu lebih baik tutup dari dibuka..


Allah jua Maha Mengetahui.

Isnin, 8 Februari 2010

5-0!

Allah'huakbar! Itu perkataan pertama muncul dari mulut ini secara spontan. Ucapan Alhamdullilah menyusul tanda kesyukuran kehadrat Illahi. Tanpa kuasa dan ketentuanNya, tak mungkin UMNO dan Barisan Nasional memperoleh kemenangan untuk mentadbir Negeri Perak. Itulah hakikat yang berlaku ketika rakyat Malaysia dan Perak khususnya sekian lama menanti keputusan akhir mengenai siapakah sebenarnya yang layak menjadi Menteri Besar Perak sekaligus diharapkan mampu meredakan suasana politik di Perak. Setelah setahun tiga hari menanti keputusan, akhirnya Mahkamah Persekutuan mengumumkan Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (BN) kekal sebagai Menteri Besar Perak dengan keputusan sebulat suara panel lima hakim. 5-0. Bukan 4-1 kemenangan seperti yang diramalkan memihak kepada PR.

Tahniah juga kepada rakan-rakan kita di dalam Barisan Nasional Perak dan rakan-rakan NGO yang mendaulatkan Islam, kuasa Raja dan perpaduan orang Melayu Perak. Setiap saat mereka bekerja keras menerangkan kepada rakyat hal sebenar walaupun mendapat cercaan dan penghinaan dari kem pembangkang dan bangsa berkepentingan. Namun atas dasar kebenaran dan martabat bangsa, lautan api juga direnangi mereka. Tahniah!

Episod ini tidak akan berakhir dengan aman dari kem yang tewas tetapi sekurang-kurangnya meredakan sedikit kemelut dan pertikaian undang-undang membabitkan hal ehwal kuasa akhir penentu pemerintahan di Negeri Perak ini. BN dari dulu lagi sentisa menyerahkan kepada undang-undang sebagai jalan penyelesaian. Kita turut berharap keputusan ini dihormati oleh PR. Tetapi melalui kenyataan akhbar Dato' Seri Nizar selepas keputusan mahkamah dibuat, tiada langsung tanda hormat kepada undang-undang malah mempertikaikan lagi. Biarlah..susah nak menutup mulut manusia selagi tidak dapat apa yang diinginkan.. Barangkali Dato' Seri Nizar sudah lupa..dalam ramai-ramai ADUN PR Islam Melayu, beliau dipilih dan dilantik menjadi Menteri Besar atas perkenan DYMM Sultan Perak. Bukan rakyat apatahlagi rakan DAPnya..yang ternyata tidak berpuas hati sebab tidak dipilih menjadi Menteri Besar biarkan DAP memiliki majoriti kerusi dalam PR keran nasib baik Undang-Undang Tubuh Negeri Perak menetapkan hanya orang Islam Melayu boleh menjadi Menteri Besar..kalau tak, kita takkan kenal siapa itu Dato' Seri Nizar. Beliau sentiasa menyatakan beliau Menteri Besar pilihan rakyat.Rakyat hanya memilih beliau sebagai Wakil Rakyat, bukan Menteri Besar kerana itu kuasa Tuanku. Sebagai ahli parti yang mengaku memperjuangkan Islam, tidak terfikirkah beliau mengapa Allah tidak memilih kerajaan pimpinan beliau untuk memerintah dan diberi kemenangan dalam keputusan mahkamah? Ada la silapnya yang beliau sedar atau buat-buat tak sedar..

Biarlah..kita menanti apa yang akan berlaku seterusnya..apakah akan wujud lagi drama kelolaan PR di Negeri Perak nanti. Kita hanya mendoakan apa yang terbaik untuk saudara seagama dan sebangsa kita disana serta seluruh rakyat Perak. Dan kita yakin BN mampu melakukannya.

Jadi, mulai saat ini, Dato' Seri Dr. Zambry bersama kepimpinan negeri diharap dapat memantapkan serta menarik sokongan lebih kuat rakyat kepada Barisan Nasional. Disamping mengembalikan kestabilan politik negeri, diharap beliau dapat mengembangkan lagi sektor ekonomi untuk kesejahteraan rakyat Perak keseluruhan. Lupakan hal politik, tumpukan kepada kehendak rakyat..InsyaAllah. Sikap redha, meredah diri serta yakin dalam amalan pentadbiran akan memberi semula kekuatan dan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional. Tiada apa yang mustahil. Yang benar akan sentiasa dipelihara Allah Ta'ala.

Allah'huakbar! Allah'huakbar! Allah'huakbar!

Daulat Tuanku!

Hidup UMNO!

Khamis, 28 Januari 2010

Anak Emas DSAI Berbunyi...

Sdr. Azmin Ali, Naib Presiden PKR, mengeluarkan kenyataan mengatakan mempunyai bukti membabitkan orang UMNO di dalam kejadian serangan ke atas sebuah gereja di Desa Melawati awal bulan lalu dan sekaligus mewujudkan suasana tegang diantara kaum di negara ini...

Mudah sungguh menunding jari,menabur kenyataan tanpa kaki melangkah ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan bagi membuktikan kenyataan beliau. Semua orang boleh cakap itu dan ini..apatahlagi demi survival kepentingan politik diri. Mungkin ini yang dipelajari dari mentornya, DSAI..buat kenyataan sensasi, 'nanti tiba masanya, saya akan sampaikan bukti'..tapi habuk takde! Wujudkan senario dan biarkan rakyat membuat andaian,tanpa rakyat mendapat maklumat sebenar, hanya berita sensasi..(sebab rakyat la ni lebih gemarkan sensasi dari kebenaran dan sebab).. itu sajalah modus operandinya.

Jika benarlah apa yang dilafaz oleh beliau itu, jika benarlah PKR mementingkan keamanan negara dan perpaduan kaum, buatlah laporan rasmi..bawaklah segala bukti yang ada..biar undang-undang dan masyarakat menilai sendiri.. mengapa perlu sampai KDN datang berjumpa beliau untuk mendapatkan keterangan? Mengapa rakyat Malaysia yang lain tidak perlu dijemput tetapi sanggup tampil memberi kenyataan tanpa perlu dipanggil demi kesejahteraan negara? Istimewa sangat ke Naib Presiden PKR ini? (Mungkin dimata DSAI).. Jangan hanya mengeluar kenyataan dan menggunakan alasan 'tengah mengumpul bukti dan akan umumkan pada masyarakat pada masa terdekat'...mengapa tidak dapatkan dulu bukti sahih dan lengkap sebelum mengeluarkan kenyataan? Ini semua niat supaya masyarakat memandang serong kepada UMNO. Jadilah warganegara yang bertanggungjawab..keluarkan bukti. Saya percaya, seluruh rakyat Malaysia hendak mengetahui kebenarannya.

Jika benarlah ahli UMNO ada yang terlibat, ia bukanlah satu keputusan sebulat suara seluruh ahli parti..Ya! sebagai orang Islam, apabila isu Islam dijadikan taruhan, tidak kira siapa mahupun apa fahaman politiknya,kita akan marah dan terguris tetapi bagi UMNO,keputusan mahkamah tetap kita hormat dan berharap isu ini akan diselesaikan segera, dan berharap, isu ini diselesaikan cara baik dan akan memberi kemenangan untuk umat Islam..Masing-masing mempunyai pandangan sendiri..siapa yang tak marah jika isu membabitkan Islam dimainkan? Cuma cara menunjukkan perasaan tidak senang hati dan protes bergantung kepada kewarasan diri sendiri..mampukah kita menghalang orang yang ingin berjihad demi agama,bangsa dan tanahair? mampukah kepimpinan UMNO menghalang ahlinya daripada menyampaikan perasaan rasa tidak puas hati? Itu hak individu!

Ingat, tidak semestinya dalang yang menyerang gereja ini dilakukan atas nama UMNO(adakah bendera UMNO dikibar ketika serangan dibuat?)..tetapi datang dari perasaan individu itu sendiri tanpa mengira parti demi mempertahankan agama tercinta.

Saya percaya, jika ada ahli UMNO yang terlibat, dia juga akan dihukum oleh UMNO sendiri..tak perlu orang luar seperti Azmin untuk menghukum dan mengingati kita. Kita parti yang mendukung undang-undang negara..jika seseorang itu benar-benar terbukti melakukan kesalahan, apatahlagi mereka yang menyebabkan terjadinya ketegangan kaum dan merosakan perpaduan negara..UMNO sendiri akan mengheret mereka ke muka pengadilan. Kita tak peduli siapa orang itu..

Masa menentukan...hanya Allah Maha Mengetahui.

Allah'huakbar!

Hidup UMNO!