Allahuakbar! Misi membebaskan rakyat Gaza & Palestin TIDAK PERNAH dan TIDAK AKAN sesekali dihentikan! Dan satu lagi pelayaran - Freedom Flotilla II - yang membawa misi suara dunia demi membebaskan Gaza dari cengkaman Zionis oleh sekumpulan sukarelawan akan dilakukan dalam jangka masa terdekat ini. InsyaAllah.
Pihak Zionis awal-awal lagi memberi amaran dan meminta sokongan rakan-rakannya di Eropah untuk menghalang pelayaran ini. Tiada apa yang pelik dengan kenyataan ini! Seperti sekutunya US, Israel juga takut pada bayang-bayang sendiri!! Mereka takut jika dunia benar-benar akan bersatu (suatu hari nanti pasti!!) menentang kekejaman mereka!
Kami, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg. Dalam, DUN Chenor mendoakan semoga Allah melindungi sukarelawan-sukarelawan dalam misi membebaskan Gaza dan saudara-saudara kami di Palestin. Kami adalah Palestin dan Palestin adalah kami!!! Bukalah mata-mata masyarakat dunia dan hancurkanlah musuh-musuh Islam.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Dapatkan info selanjutnya di:
gazafreedommarch.org
Khamis, 12 Mei 2011
Selasa, 10 Mei 2011
"Dulu, Kini dan Selamanya"
Allahuakbar! Alhamdullilah..Selamat menyambut ulangtahun UMNO yang ke-65. Dengan berkat kekuasaanMu Ya Allah, parti keramat ini telah bertahan sehingga kini walaupun telah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dan dengan kuasaMu jua moga-moga UMNO akan terus gah hingga ke akhir zaman, InsyaAllah. Satukanlah hati kami dan berikan kami kekuatan dalam perjuangan memartabatkan maruah agama, bangsa dan negara!
"Dulu,Kini dan Selamanya" berkhidmat demi untuk agama,bangsa dan negara. Teruskan langkah gagah mara ke hadapan dalam usaha memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat. Sedangkan lidah lagi tergigit, jangan mudah mengaku kalah dan berasa lemah jika menghadapi masalah kerana akhirnya ia akan mematangkan kita. Bersatulah kita jika kita tidak mahu musuh-musuh kita mentertawakan kita. Cabaran dekad ini datang dari pelbagai arah dan cara tapi pantang anak Melayu menyerah kalah! Lengkapkanlah diri dengan kepelbagaian ilmu untuk dijadikan senjata minda. Rakyat sentiasa memerhatikan kita. Kita berkhidmat demi Allah, rakyat dan negara. Kita buat yang terbaik dan yang penting, ikhlas. InsyaAllah.
Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang UMNO yang telah pergi meninggalkan kita. Amin.
Terima kasih.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Hidup UMNO! HIDUP Melayu! Dirgahayu Tanahairku!

Ahad, 6 Mac 2011
Dari Kerdau ke Merlimau..
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Alhamdullilah dan tahniah! Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi pada pilihanraya kecil DUN Kerdau dan DUN Merlimau dengan majoriti yang lebih baik daripada keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Memang ini kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional. Ia dimantapkan dengan calon anak tempatan - yang turut mengundi di DUN yang ditandingi mereka, kekuatan dan gandingan semua peringkat kepimpinan parti dari tertinggi hingga ke akar umbi, kepercayaan masyarakat yang mengundi calon Barisan Nasional ini dan yang pasti, keredhaan dan rezeki yang Allah tentukan untuk kita sehingga mencapai kemenangan ini. Biarlah apa orang nak kata, apapun alasan pihak pembangkang, bagi yang bekerja bertungkus lumus memastikan kemenangan ini menjadi kenyataan, tahu hakikatnya UMNO dan Barisan Nasional berhak keatas kemenangan ini.
Turut menarik untuk disentuh disini ialah betapa golongan muda ataupun golongan yang digelar atas pagar ini seakan-akan telah menunjukkan reaksi positif terhadap perjuangan dasar yang dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional. Memang ini bukan menjadi penunjuk mutlak, tetapi walaupun hanya pilihanraya kecil, ini turut bermakna orang muda ini tahu apa yang terbaik untuk masa depan mereka. Malah, bagi Barisan Nasional mahupun UMNO khususnya, mendekati golongan muda ini serta memahami dan cuba memenuhi aspirasi mereka adalah langkah yang amat bijak. Lagi diharap pada masa depan dan seterusnya -kerajaan, Barisan Nasional mahupun UMNO harus terus berusaha memenangi hati golongan generasi pewaris masa depan negara ini.
Susunan strategi yang mantap daripada seluruh peringkat jentera UMNO serta rakan-rakan di dalam Barisan Nasional boleh diketorikan membanggakan. Masih ada ruang yang perlu diperbaiki dan jangan mudah mendabik dada. Kaki harus sentiasa berpijak di bumi nyata. Dalam politik, apa sahaja boleh terjadi dan yang paling menakutkan jika kita tahu sebabnya namun kita enggan membuat sesuatu terhadapnya. Ubah sebelum kita diubah..itu lumrah politik.
Jangan takut menyampaikan kebenaran. Gagah berani ketika mempertahankan hujan. Harus sentiasa pantas menangkis sebarang tohmahan yang dilemparkan terhadap kita. Jangan jadikan rakyat akar umbi sebagai mangsa dipergunakan dan disajikan dengan anasir-anasir fitnah. Sentiasa turun padang dan mendekati mereka. Jangan hanya tunggu pilihanraya atau majlis rasmi. Kita jangan lupa, masyarakat mahu perhatian, keperhatinan dan kesetiaan mereka diingati dari pemimpin yang mereka pilih. Terangkan kepada mereka fakta yang sebenar dan jadikan mereka sebagai mata dan telinga kita dalam memenuhi aspirasi rakyat. Semua pihak boleh berkata- kata menabur janji itu dan ini sebagai penyedap telinga mendengar tetapi jadilah mereka yang mengotakan apa yang dikatakan. Masyarakat dan rakyat amat menyanjung akan hal ini.
Bagi YB-YB yang baru, YB Syed Ibrahim (Kerdau) dan YB Roslan (Merlimau),mendapat mandat masyarakat dan tanggungjawab yang diamanahkan, lakukanlah kerja anda sebaik mungkin. Teruskan agenda demi agama,bangsa dan negara. Bukan mudah mendapat kepercayaan rakyat..jadi jagalah elok-elok. Jangan ditangguh-tangguh, ayuh hulurkan khidmat bakti. Rakyat didahulukan!
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Hidup UMNO!
Hidup Barisan Nasional!

Isnin, 14 Februari 2011
Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1432H
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Rasullulah S.A.W merupakan contoh utama dan tertinggi dalam segala aspek kehidupan dunia dan akhirat seluruh umat manusia. Kebijaksanaan Rasullulah S.A.W dalam mengimbangi dan menguruskan kehidupan wajib dijadikan petunjuk dan amalan dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh cabaran dan singkat ini untuk kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan di akhirat yang berkekalan.
Marilah kita menyelami dan menginsafi diri, memahami erti kebenaran dan semangat Islam serta keteguhan Iman yang dibawa oleh junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Jadikan satu kepentingan dalam menghayati dan menyelami perjalanan hidup Rasullulah S.A.W demi keteguhan keimanan dan agama kita yang benar ini.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasullulah S.A.W telah bersabda yang bererti: " Sesiapa yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakaiku, maka dia telah menderhakai Allah. Begitu juga sesiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku dan sesiapa menderhakai petugasku, maka dia telah menderhakaiku". (Hadis riwayat Al-Bukhari).
Selamat menyambut hari Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1432H kepada seluruh umat Islam dimana jua anda berada..
Rujukan: Mengenali Rasullulah S.A.W oleh Ustaz Johari Bin Yaman, 2008

Ahad, 13 Februari 2011
Perginya Seorang Pejuang dan Pembela
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Dalam DUN Chenor mengucapkan takziah di atas kepulangan ke Rahmahtullah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham, penyokong dan keseluruhan masyarakat DUN Kerdau.
Kehilangan dan sumbangan bakti Allahyarham demi agama,bangsa dan negara pasti sukar dicari ganti...
Namun perjuangan warisan pasti akan diteruskan..
Al-Fatihah.

Rabu, 11 Ogos 2010
Ahlan Ya Ramadhanul Mubarak Hoirul Syahar
Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan AlMubarak 1431H yang mulia ini. Moga kita menjadi insan yang bertaqwa dan dapat beramal dengan sebaik mungkin. Semoga sentiasa diberkati dan dilindungi Allah S.W.T
InsyaAllah.
Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Rabu, 7 Julai 2010
Ringkasan Intipati Usul Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran 2010
Pada 26hb. Jun 2010 yang lalu, bertempat di dewan UMNO Pekan Tajau, Maran, Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran 2010 telah dilangsungkan dengan jayanya. Dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Mukhriz B.Tun Dr. Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Sempena mesyuarat ini, satu usul iaitu usul politik telah dibawa oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran dan mendapat sokongan sebulat suara daripada para perwakilan.
2. Menyelidik dan mengenalpasti permohonan-permohonan kerja di jabatan kerajaan agar ahli-ahli UMNO diberi keutamaan.

Usul Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran
“Keistimewaan Ahli UMNO Melebihi Ahli Pembangkang”
Menginsafi bahawa dalam membentuk sebuah Negara bangsa yang berwibawa dan bermaruah memerlukan sokongan dan dokongan yang ampuh daripada ahli-ahlinya dalam menjana gagasan “1 MALAYSIA Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”. Keistimewaan merupakan hak dan istimewa yang perlu diberi kepada mereka yang sepatutnya memiliki hak atas apa yang diperjuangkan.
Menyedari bahawa dalam pelbagai aspek, ahli-ahli UMNO semakin terhakis hak dan keistimewaannya. Ahli-ahli UMNO seperti dianaktirikan, tidak dilayan dan diberi hak yang sewajarnya sebagai ahli parti yang memerintah. Sebagai sebuah parti yang memerintah adalah amat naif sekiranya ahli-ahlinya tidak memiliki keistimewaan melebihi daripada ahli-ahli pembangkang.
Meyakini bahawa di dalam jabatan-jabatan kerajaan terlalu ramai pegawai dan kakitangan yang menyokong pembangkang. Justeru akan menjadikan hasrat dan dasar kerajaan tidak dapat disampaikan dengan jelas. Pegawai-pegawai kerajaan harus telus berkomitmen tinggi dan beribawa agar segala hasrat kerajaan akan dapat disalur dengan betul tanpa ada unsur pengelewengan.
Selaras dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran membawa usul memberi hak keistimewaan kepada ahli-ahli UMNO kerana berasa kecewa dan sedih dengan senario semasa yang mana ahli-ahli UMNO tidak diberi keistimewaan sebagaimana mereka berusaha gigih untuk memenangkan parti. Tanah, rumah dan peluang pekerjaan diberi kepada ahli pembangkang. Di mana letaknya harga ahli UMNO? Adakah sekadar untuk gah dipandang tapi tidak mampu memiliki apa yang dipandang. Akhirnya ahli-ahli UMNO akan melayang.
Maka mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran yang bersidang pada hari ini, mengambil iltizam sebulat suara untuk:
1. Mendesak Majlis Tertinggi Parti memberi keutamaan kepada ahli UMNO dalam pembahagian tanah, rumah, peluang ekonomi dan pekerjaan.
2. Menyelidik dan mengenalpasti permohonan-permohonan kerja di jabatan kerajaan agar ahli-ahli UMNO diberi keutamaan.
Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Dalam, matlamat dan perjuangan yang ingin dicapai berkisar rapat dengan keperluan masa hadapan generasi muda dan belia – ekonomi dan rumah. Maka usul dan cadangan yang dibawa ke mesyuarat Perwakilan tersebut ialah:-
1. Memohon peruntukan bagi membina pagar di kawasan perkuburan serta peralatan berkaitan.
2. Memohon kelulusan lot-lot kosong untuk penempatan generasi muda.
3. Memohon Jabatan Perkhidmatan Haiwan memberi bantuan ternakan lembu.
Dalam memastikan matlamat tercapai, PPU Kg. Dalam akan sentiasa berjuang sehabis mungkin supaya masa hadapan dan keperluan ahlinya dan generasi muda terjamin. Kerjasama dan peluang-peluang latihan, ilmu dan ekonomi akan sentiasa dicari untuk kebaikan bersama. InsyaAllah.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Hidup UMNO!
Hidup Melayu!
Dirgahayu Negaraku!
Daulat Tuanku!
Langgan:
Catatan (Atom)