Selasa, 7 Jun 2011

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

PERTAMA
Kami namakan dan kami panggil akan dia,bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA)

KEDUA
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang,
tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu berebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain
untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA
Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. ( Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak ).

Pada 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Pemerintah dari empat 'Negeri Melayu Bersekutu' dan lima 'Negeri Melayu Tidak Bersekutu' telah memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu.

Daulat Tuanku!

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Ahad, 15 Mei 2011

Seringkas Kata..

Dah lama sebenarnya tak menulis panjang di blog ni terutama yang melibatkan politik negara yang penuh warna-warni.Kerja yang tak pernah sudah membataskan waktu tp saya yakin, dengan adanya blog-blog perjuangan politik yang lain, masyarakat sudah pasti mendapat pelbagai maklumat. Dan seperti biasa, terpulang kepada kita untuk menilai setiap info yang ditulis. Diharap para pembaca membacanya dengan hati terbuka berserta komentar yg bernas, menyampaikan fakta dengan bertanggungjawab serta dipercayai dan paling penting, tertib!

Ini pandangan saya secara seringkas-ringkasnya keatas isu-isu utama dan penting dalam politik negara mahupun antarabangsa;

Pilihanraya Umum Sarawak+BN+2/3+Calon Muda+Demokrasi sihat+SUPP+DAP+PKR 3 kerusi saje?!! PAS '0'?!! Hehe+Dinasour-dinasour dalam PR+Politik Perkauman Melampau DAP!!

Anwar Ibrahim+Kes Liwat+Trio Dato' T+Video Seks+ Omega+Marah wartawan+Sumpah Laknat+Penyokong PR macam kera dalam masjid+SMS ugutan kepada Nurul Izzah+Fatwa songsang Nik Aziz+16 Mei 2011+Lari ke luar negara?

Kematian Teoh Beng Hock+SPRM+Suruhanjaya Di-Raja+Gelagat keluarga dan peguam mendiang+DAP Kantoi+ Kontraktor Bumiputera Kelas 'F' yang bersekongkol dengan DAP

Utusan Malaysia+Isu Kristian+Blogger+Tekanan dari pelbagai pihak+DAP+Akhbar Cina yang lebih rasis+
KDN+Pengakuan+Penafian+Laporan Polis akuan oleh ahli DAP+Isu bukan perkara baru!!

Simbah asid+wanita Melayu+perkauman?

Blogger vs blogger+ Penyokong BN vs Penyokong PR

Isu Lynas+Protes+Pandangan Pakar+Maklumat dan fakta salah oleh pembangkang+Pembangkang berkepala batu+Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

PAS tinggalkan PR+Sertai UMNO+Tolak Pelawaan PM+ Lebih rela menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR

Kebangkitan rakyat di Tunisia+Mesir+Libya+Algeria+Syria+Yemen+Bahrain+Demokrasi?+US dan sekutunya cuba mengambil kesempatan

Tsunami melanda Jepun+Bantuan antarabangsa+Kekuatan warga Jepun+Reaktor Nuklear+Radiasi

Kematian Osama Laden+Kemenangan US?+Hubungan tegang Pakistan+US

MCA+PRU-13+Tiada wakil dalam kerajaan jika gagal+berani!!

Pilihanraya Umum Ke-13+11.11.2011?

Saya hanya letakkan 'key words' sahaja sebab saya yakin, anda lebih pandai untuk mengisi ruang kosong kerana ia melibatkan isu yang telah berlaku dan sedang berlaku! Mungkin saya ada tertinggal 'key words-key words' penting yang lain..maklumlah, lama tak ber-blogging, hilang maklumat dalam kepala...taip mana yang terlintas dan teringat.

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

Hidup UMNO!

Khamis, 12 Mei 2011

Misi Bebaskan Gaza - Flotilla Freedom II

Allahuakbar! Misi membebaskan rakyat Gaza & Palestin TIDAK PERNAH dan TIDAK AKAN sesekali dihentikan! Dan satu lagi pelayaran - Freedom Flotilla II - yang membawa misi suara dunia demi membebaskan Gaza dari cengkaman Zionis oleh sekumpulan sukarelawan akan dilakukan dalam jangka masa terdekat ini. InsyaAllah.

Pihak Zionis awal-awal lagi memberi amaran dan meminta sokongan rakan-rakannya di Eropah untuk menghalang pelayaran ini. Tiada apa yang pelik dengan kenyataan ini! Seperti sekutunya US, Israel juga takut pada bayang-bayang sendiri!! Mereka takut jika dunia benar-benar akan  bersatu (suatu hari nanti pasti!!) menentang kekejaman mereka!

Kami, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg. Dalam, DUN Chenor mendoakan semoga Allah melindungi sukarelawan-sukarelawan dalam misi membebaskan Gaza dan saudara-saudara kami di Palestin. Kami adalah Palestin dan Palestin adalah kami!!! Bukalah mata-mata masyarakat dunia dan hancurkanlah musuh-musuh Islam.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! 

Dapatkan info selanjutnya di:
gazafreedommarch.org

Selasa, 10 Mei 2011

"Dulu, Kini dan Selamanya"

Allahuakbar! Alhamdullilah..Selamat menyambut ulangtahun UMNO yang ke-65. Dengan berkat kekuasaanMu Ya Allah, parti keramat ini telah bertahan sehingga kini walaupun telah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dan dengan kuasaMu jua moga-moga UMNO akan terus gah hingga ke akhir zaman, InsyaAllah. Satukanlah hati kami dan berikan kami kekuatan dalam perjuangan memartabatkan maruah agama, bangsa dan negara!

"Dulu,Kini dan Selamanya" berkhidmat demi untuk agama,bangsa dan negara. Teruskan langkah gagah mara ke hadapan dalam usaha memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat. Sedangkan lidah lagi tergigit, jangan mudah mengaku kalah dan berasa lemah jika menghadapi masalah kerana akhirnya ia akan mematangkan kita. Bersatulah kita jika kita tidak mahu musuh-musuh kita mentertawakan kita. Cabaran dekad ini datang dari pelbagai arah dan cara tapi pantang anak Melayu menyerah kalah! Lengkapkanlah diri dengan kepelbagaian ilmu untuk dijadikan senjata minda. Rakyat sentiasa memerhatikan kita. Kita berkhidmat demi Allah, rakyat dan negara. Kita buat yang terbaik dan yang penting, ikhlas. InsyaAllah.

Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang UMNO yang telah pergi meninggalkan kita. Amin.

Terima kasih.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Hidup UMNO! HIDUP Melayu! Dirgahayu Tanahairku! 

Ahad, 6 Mac 2011

Dari Kerdau ke Merlimau..

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Alhamdullilah dan tahniah! Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi pada pilihanraya kecil DUN Kerdau dan DUN Merlimau dengan majoriti yang lebih baik daripada keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Memang ini kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional. Ia dimantapkan dengan calon anak tempatan - yang turut mengundi di DUN yang ditandingi mereka, kekuatan dan gandingan semua peringkat kepimpinan parti dari tertinggi hingga ke akar umbi, kepercayaan masyarakat yang mengundi calon Barisan Nasional ini dan yang pasti, keredhaan dan rezeki yang Allah tentukan untuk kita sehingga mencapai kemenangan ini. Biarlah apa orang nak kata, apapun alasan pihak pembangkang, bagi yang bekerja bertungkus lumus memastikan kemenangan ini menjadi kenyataan, tahu hakikatnya UMNO dan Barisan Nasional berhak keatas kemenangan ini.

Turut menarik untuk disentuh disini ialah betapa golongan muda ataupun golongan yang digelar atas pagar ini seakan-akan telah menunjukkan reaksi positif terhadap perjuangan dasar yang dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional. Memang ini bukan menjadi penunjuk mutlak, tetapi walaupun hanya pilihanraya kecil, ini turut bermakna orang muda ini tahu apa yang terbaik untuk masa depan mereka. Malah, bagi Barisan Nasional mahupun UMNO khususnya, mendekati golongan muda ini serta memahami dan cuba memenuhi aspirasi mereka adalah langkah yang amat bijak. Lagi diharap pada masa depan dan seterusnya -kerajaan, Barisan Nasional mahupun UMNO harus terus berusaha memenangi hati golongan generasi pewaris masa depan negara ini.

Susunan strategi yang mantap daripada seluruh peringkat jentera UMNO serta rakan-rakan di dalam Barisan Nasional boleh diketorikan membanggakan. Masih ada ruang yang perlu diperbaiki dan jangan mudah mendabik dada. Kaki harus sentiasa berpijak di bumi nyata. Dalam politik, apa sahaja boleh terjadi dan yang paling menakutkan jika kita tahu sebabnya namun kita enggan membuat sesuatu terhadapnya. Ubah sebelum kita diubah..itu lumrah politik.

Jangan takut menyampaikan kebenaran. Gagah berani ketika mempertahankan hujan. Harus sentiasa pantas menangkis sebarang tohmahan yang dilemparkan terhadap kita. Jangan jadikan rakyat akar umbi sebagai mangsa dipergunakan dan disajikan dengan anasir-anasir fitnah. Sentiasa turun padang dan mendekati mereka. Jangan hanya tunggu pilihanraya atau majlis rasmi. Kita jangan lupa, masyarakat mahu perhatian, keperhatinan dan kesetiaan mereka diingati dari pemimpin yang mereka pilih. Terangkan kepada mereka fakta yang sebenar dan jadikan mereka sebagai mata dan telinga kita dalam memenuhi aspirasi rakyat. Semua pihak boleh berkata- kata menabur janji itu dan ini sebagai penyedap telinga mendengar tetapi jadilah mereka yang mengotakan apa yang dikatakan. Masyarakat dan rakyat amat menyanjung akan hal ini.

Bagi YB-YB yang baru, YB Syed Ibrahim (Kerdau) dan YB Roslan (Merlimau),mendapat mandat masyarakat dan tanggungjawab yang diamanahkan, lakukanlah kerja anda sebaik mungkin. Teruskan agenda demi agama,bangsa dan negara. Bukan mudah mendapat kepercayaan rakyat..jadi jagalah elok-elok. Jangan ditangguh-tangguh, ayuh hulurkan khidmat bakti. Rakyat didahulukan!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Hidup UMNO!

Hidup Barisan Nasional!

Isnin, 14 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1432H

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Rasullulah S.A.W merupakan contoh utama dan tertinggi dalam segala aspek kehidupan dunia dan akhirat seluruh umat manusia. Kebijaksanaan Rasullulah S.A.W dalam mengimbangi dan menguruskan kehidupan wajib dijadikan petunjuk dan amalan dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh cabaran dan singkat ini untuk kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan di akhirat yang berkekalan.

Marilah kita menyelami dan menginsafi diri, memahami erti kebenaran dan semangat Islam serta keteguhan Iman yang dibawa oleh junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Jadikan satu kepentingan dalam menghayati dan menyelami perjalanan hidup Rasullulah S.A.W demi keteguhan keimanan dan agama kita yang benar ini.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasullulah S.A.W telah bersabda yang bererti: " Sesiapa yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakaiku, maka dia telah menderhakai Allah. Begitu juga sesiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku dan sesiapa menderhakai petugasku, maka dia telah menderhakaiku". (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Selamat menyambut hari Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1432H kepada seluruh umat Islam dimana jua anda berada..


Rujukan: Mengenali Rasullulah S.A.W oleh Ustaz Johari Bin Yaman, 2008

Ahad, 13 Februari 2011

Perginya Seorang Pejuang dan Pembela

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Dalam DUN Chenor mengucapkan takziah di atas kepulangan ke Rahmahtullah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham, penyokong dan keseluruhan masyarakat DUN Kerdau.

Kehilangan dan sumbangan bakti Allahyarham demi agama,bangsa dan negara pasti sukar dicari ganti...

Namun perjuangan warisan pasti akan diteruskan..

Al-Fatihah.