Selasa, 30 Ogos 2011

Salam AidilFitri 1432 Hijrah / 2011 Masihi

Kehadiran AidilFitri sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam.

Ia juga hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah.

Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia ketika mengawal akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam.

Berhari raya juga bererti kembali kepada jati diri manusia sebagai hamba Allah, kepada fitrah kejadian manusia. Di alam azali lagi iaitu sebelum wujud sebagai manusia, kita telah mengakui keesaan Allah S.W.T dan berjanji untuk mentaati perintahnya.

Syawal juga peluang dan semangat untuk kita terus memperbaiki perilaku peribadi, hubungan dengan orang lain serta hubungan kita dengan Allah.

Justeru ini, hadirnya 1 Syawal 1432 Hijrah ini juga, kami, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan DUN Chenor mengambil peluang menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada kesalahan yang dilakukan secara sedar atau sebaliknya. Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. 

Selamat Hari Raya AidilFitri..Maaf Zahir dan Batin.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Daulat Tuanku, Dirgahayu Tanahairku, Hidup UMNO!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan