Isnin, 19 Ogos 2013

Patah Tumbuh Hilang Berganti...

Alhamdullilah. Selesai sudah mesyuarat tahunan Pergerakan Pemuda UMNO (PPU) Cawangan Kampung Dalam 2013 malam semalam. Mesyuarat berjalan lancar dan penuh semangat kekeluargaan. Mesyuarat ini dihadiri wakil dari jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran serta disaksikan wakil pemantau.

Dan kali ini, tampuk kepimpinan PPU Cawangan telah berubah melalui pemilihan yang dipersetujui sebulat suara dan tanpa pertandingan.

Senarai kepimpinan baru Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Dalam, DUN Chenor adalah seperti berikut:

Pengerusi: Sdr. Muhd Syukry Luthfi Bin Shaiful Azman
Ketua: Sdr. Mohd Izwan Bin Hassan
Naib Ketua: Sdr. Dino Afizul Bin Abidin
Pen. Setiausaha: Noor Azmi Bin Tan Mohd Aminuddin
Bendahari: Sdr. Baharuddin Bin Hassan

Ahli Jawatankuasa:

Sdr. Mohd Foizi Bin Hassan
Sdr. Muhamad Salahuddin Bin Abdul Jabar
Sdr. Abu Bakar Omar Bin Kadir

*Satu mesyuarat akan diadakan kelak bagi memilih pegawai dan ahli jawatankuasa tambahan.

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Dalam melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan ketua kami, Sdr. Abd Razak Bin Kadir, atau lebih mesra dengan panggilan Abg. Jak diatas segala khidmat, sumbangan dan jasa sepanjang menjadi 'Chief' kami. Banyak yang kami pelajari dari beliau. Tidak dilupa juga kepada Naib Ketua kami, Sdr. Salim yang terkenal dgn sikap mesra serta kepimpinan dalam persatuan belia Chenor. Diharapkan mereka akan terus bersama kami memberi bimbingan dan nasihat.Terima kasih.

Moga dengan kepimpinan yang baru ini, PPU Cawangan kami akan dapat meneruskan legasi perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Kami sedar, tugas makin mencabar apatahlagi dalam menghadapi arus moden informasi tanpa sempadan. Setiap ahli harus perlu membuka minda dan melengkapkan diri dengan ilmu dalam usaha mematangkan diri serta memahami kehendak dan kebajikan generasi muda masa kini. Usaha mendekati mereka adalah tugas sepenuh masa.

Doakan perjuangan kami.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Hidup UMNO! Dirgahayu Negaraku!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan