Jumaat, 26 Februari 2010

Siapa Yang Melatah dan Tak Tentu Arah Sebenarnya?


Satu lagi percubaan murahan dan terdesak pembangkang dalam usaha memburukan pemimpin dan parti UMNO serta kerajaan..

"Aduhai YB Dato' Tan Aminuddin.......Kenapa kamu Melatah, Tak Tentu Arah???"

Aduhai YB Dato' Tan Aminuddin, sampai hati kamu menghalau kami dari Rancangan Felda kami. Selama ini kami telah memberi undi dengan tidak ragu-ragu kepada YB Dato' Tan hingga YB Dato' menjadi Ahli MMK Negeri Pahang. Kami juga telah memberi undi kepada UMNO dan Barisan Nasional hingga UMNO dan Barisan Nasional dapat memerintah Negeri Pahang Darul Makmur ini. Sampai hati Dato' Tan suruh kami keluar dari Felda - "Inilah Habis Madu Sepah Dibuang......"

Kami ucapkan terima kasih kerana menghalau kami tetapi kami tidak akan keluar dari Tanah Rancangan. Tanah Rancangan ini adalah hak kami. Kami telah membayar segala hutang dan kami tidak berhutang dengan Felda atau dengan YB Dato' Tan atau dengan UMNO atau dengan sesiapa jua. Kami disini zahir untuk menunaikan amanat daripada Pengasas Felda untuk mencari rezeki halal disamping menaik taraf ekonomi Negara.

Minyak Kelapa Sawit hasil titik peluh kami telah dipasarkan ke seluruh dunia dengan Kerajaan Negeri Pahang serta Kerajaan Malaysia telah mengutip berbillion-billion ringgit cukai dari hasil titik peluh dan tulang empat kerat kami.

Oleh itu kami tidak akan keluar rancangan tetapi kami akan keluar mengundi di PRU 13 akan datang untuk menolak Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dari Negeri Pahang Darul makmur ini.

Salam dari kami wahai Dato' Tan - Kami di halau tetapi anda dan UMNO yang akan terkeluar !!!!

Daripada Suarahati Peneroka Felda Kota Gelangi 1 dan seluruh Gugusan Felda Negeri Pahang Darul Makmur"

posted by hatta at 1:18 PM on Feb 10, 2010


: Dipetik daripada http://pkrpahangdm.blogspot.com/ bertarikh 10 Februari 2010

(Penulis cuba memberi komen di laman blogspot tersebut tetapi mengalami masalah teknikal)


Kenyataan yang cetek pemikiranya, berkepentingan sehingga sanggup mewujudkan perpecahan diantara peneroka dan mewujudkan kebencian kepada pemimpin demi survival dalam cubaan terdesak meraih perasaan simpati kepada PR - itu ulasan ringkas terhadap kenyataan di atas.

Jika ibarat habis madu sepah dibuang, ini pepatah yang sesuai untuk anda golongan 'masuk air' dan pembangkang..'ibarat melepaskan anjing tersepit!'..Bila memerlukan sesuatu, lembut lidah dari gigi, bila sesuatu permintaan'masih dalam pertimbangan',kerajaan diasak dan diugut...bila dah dapat, pun masih menghentam dan 'menggigit' tangan yang bertanggungjawab membantu melalui apa yang termampu..itulah sikap pembangkang..'kufur nikmat'.

Majoritinya,ramai peneroka di seluruh negara yang tahu berterima kasih apabila diberikan bantuan, tidak kira kecil atau besar bantuannya.. tetapi disebabkan dua tiga kerat manusia yang berhati busuk, mempunyai agenda, terpalit juga kepada mereka yang ikhlas..kerana nila setitik..Terima kasih kembali atas kerjasama dan sumbangan anda. Sama-sama kita membantu demi kesejahteraan bersama.

Ingat, kerajaan tidak mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik dalam memberi bantuan dan galakan. Kalau kerajaan mementingkan fahaman politik, takde penyokong pembangkang yang berkhidmat dalam sektor kerajaan mahupun mendapat bantuan PPRT,kontrak-kontrak pembinaan, bantuan kewangan, wujudnya kem-kem pembangkang dalam Felda dan sebagainya. Sebab kerajaan mahu bertindak adil atas dasar kewajiban sesebuah kerajaan dan hak anda sebagai warganegara. Orang UMNO sendiri mengeluh terpaksa kadang-kadang melihat sahaja penyokong pembangkang menikmati hasil bantuan kerajaan..dah la dapat bantuan, tak reti bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan. Tapi sudah menjadi dasar kerajaan yang tidak mengira siapa.

Kita sebagai manusia pun akan rasa marah dan terguris jika bantuan dan peluang yang diberi dibalas dengan 'sikap menikam dari belakang'. Tajuk 'kenapa kamu melatah, tak tentu arah?' adalah tidak tepat kerana kenyataan yang dibuat Y.B Dato' Tan bertujuan untuk memberi kesedaran dan mewujudkan kesetiaan peneroka kepada kerajaan dan Felda khasnya.Bukan langsung niat hendak menghalau..tetapi seperti biasa, siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya.. kalau sedikit cabaran dan teguran diterima secara negatif dan tak boleh terima langsung..mungkin ada batu besar duduk dalam kepala anda! (pembangkang memang batu!)
Dan kenyataan tidak akan dibuat secara membabi buta jika tiada orang yang melaporkan pemasalahan perihal 'sikap si talam dua muka menikam belakang yang dilakukan peneroka berhaluan pembangkang'. Mereka yang menyokong kerajaan mahukan pihak kerajaan tidak membuang masa membantu mereka yang tidak tahu berterima kasih ini..bantulah mereka yang benar-benar wajar mendapat pembelaan. Mereka yang benar-benar menjadi mata, telinga dan tulang belakang kerajaan. Mereka yang benar-benar mahukan perubahan dalam taraf hidup tanpa membabitkan diri dengan politik yang berniat memecah-belahkan keharmonian peneroka.

Letih kerajaan nak membantu orang yang tak nak langsung membantu dan memahami kerajaan..lebih baik membantu mereka yang benar-benar ikhlas mengusahakan ladang serta tahu berterima kasih dan memberi sokongan kepada kerajaan..

Itu sahaja yang diminta oleh kerajaan.Kesetiaan, kesedaran,kerjasama serta tahu bersikap rendah diri dan syukur dengan nikmat yang diperolehi.

Ingat kembali siapa mewujudkan Felda dan apa sebabnya diwujudkan. Mungkin dah lupa kerana kalau tidak masakan bila dah berjaya..nak 'digigit' pulak tangan yang membantu.. Kenyataan "Kami disini zahir untuk menunaikan amanat daripada Pengasas Felda untuk mencari rezeki halal disamping menaik taraf ekonomi Negara" memang ada benarnya tetapi amanat utamanya ialah "mengubah, membaiki dan sekaligus menaikkan taraf hidup ekonomi diri dan negara", bukan mencampur-adukkan rezeki yang disediakan dengan politik cetek.. dan nak tanya, kalau bukan idea Allahyarham Tun Abd. Razak dulu(PM dan Presiden UMNO dulu), agak-agak orang Malaysia kenal tak apa itu sektor perladangan kelapa sawit dan Felda? Adakah 'peneroka' itu akan wujud? Felda wujud sebelum wujudnya Parti Keadilan Rakyat ini!!! (PKR pun wujud sebab ramai petualang UMNO yang tak dapat kuasa mahupun yang tak reti maksud setia) . Jangan diungkit apa jasa yang telah anda beri kepada pihak Felda dan kerajaan kerana jasa yang anda curahkan itu bukan secara percuma malah dinilai dan dibalas sebaiknya oleh kerajaan.Masyarakat peneroka dan Felda masing-masing mempunyai tugas dan kepentingan.

Bila kenyataan yang berbunyi 'Kami telah membayar segala hutang dan kami tidak berhutang dengan Felda atau dengan YB Dato' Tan atau dengan UMNO atau dengan sesiapa jua.', adalah satu kenyataan yang angkuh dan sombong kerana di akhirnya, pasti jugak mengharapkan bantuan Felda dan pemimpin..jangan nak nafikanlah..

Dan jangan gunakan 'Daripada Suarahati Peneroka Felda Kota Gelangi 1 dan seluruh Gugusan Felda Negeri Pahang Darul Makmur' kerana anda bukanlah suara mutlak sebenarnya, sedarlah diri!..jangan asyik nak mewujudkan suasana membenci dan menghentam.Cuba memecah belahkan peneroka..Ingat perbuatan anda dipandang mulia di sisi Allah? Jika dirasakan anda ingin memilih Pakatan Rakyat mewakili anda pada PRU-13 nanti, itu hak anda sebagai rakyat Malaysia. Jangan menyesal kemudian hari..jangan sampai tergadai maruah Islam, Melayu dan Tanahair(Takut mata dan hati dibutakan tidak mahu melihat atau mendengar rintihan orang Islam Melayu yang ditindas dan ditidakkan haknya secara senyap, apatahlagi kedaulatan perlembagaan dan isi kandungannya yang cuba 'dirogol' oleh PR) Percayalah, jika PR memerintah, digunakan juga formula Felda dan kerajaan untuk mentadbir dan mengurus..senang dan mudah..sebab orang dulu dah berpecah otak memikirkan segala permasalahan dan penyelesaian untuk kesejahteraan dan taraf hidup warga peneroka Felda ni..'masuk cuci tangan je la...'

Yakini jika anda seorang Peneroka yang tahu menikmati kesyukuran dan tahu berterima kasih, anda akan setia kepadanya.. Jangan diingat hanya kepada perkara yang berlaku semalam tetapi melupakan terus apa yang berlaku di dalam lipatan sejarah terdahulu..tanpa sejarah, tak wujudlah keutuhan dan kejayaan kita sehingga kini..Nilai lah yang terbaik..para peneroka adalah suara tulang belakang negara..kekuatan dan benteng orang Melayu tulen. (Jika benar-benar ikhlas berjuang dan menjaga hak Islam, Melayu dan Tanahair)

Bukan mudah memenuhi kehendak semua.Bukan semua kehendak dapat dipenuhi tetapi jaminan diberi, setiap permasalahan tak akan dilupai, mungkin mengambil masa tetapi InsyaAllah, ia dapat diselesaikan. Pihak kerajaan dan peneroka harus faham memahami dan bertolak-ansur antara satu sama lain dalam mencari penyelesaian untuk sebarang apa jua masalahnya.Tiada apa yang tidak dapat diselesaikan melalui rundingan dan sikap bertolak ansur. Jangan jadikan ugutan dan perasaan tidak puas hati mengatasi segalanya dalam usaha mendapatkan sesuatu.Sikit-sikit ugut..sampai lupa apa yang dah diberi oleh kerajaan..apakah kita bangsa yang hanya tahu mengugut sahaja, yang kesetiaannya mudah digadai tetapi tidak mahu berusaha dan beriktiar untuk mencari jalan lain supaya taraf hidup dapat dipertingkatkan? Dah tiba masa peneroka lebih berdaya saing dan berenovasi tanpa mengharapkan 100% bantuan daripada kerajaan.. kita bukan lagi hidup di zaman lampau..anak-anak kita pun sudah ramai menuntut di menara gading.. Fikirkanlah...Perkara yang membabitkan warga Felda adalah antara perkara yang paling penting dalam agenda negara dan kerajaan..kerajaan akan sentiasa berusaha memenuhi kehendak rakyat sebaik mungkin secara rasional dan bijaksana kerana itu amanah rakyat..UMNO/BN dan kerajaan hari ni tidak dapat memerintah jika tidak diberi keizinan Allah yang Esa.. lupa ke?

(Kepada penulis kenyataan di atas,En. Hatta, bagaimana anda mengatakan anda mengundi UMNO/BN pada pilihanraya lalu jika anda terang-terang menyokong PR?)

Allah Maha Mengetahui segalanya.

Khamis, 25 Februari 2010

12 Rabiulawal 1431


Pada 12 Rabiulawal setiap tahun, umat Islam di Malaysia menyambut hari keputeraan Rasulullah S.A.w. Selamat menyambut hari Maulidur Rasul 1431 kepada seluruh umat Islam dimana jua anda berada..
Sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Moga keperibadian dan kepimpinan Baginda menjadi panduan, contoh unggul dan tunggal buat kehidupan kita sekalian umat.
InsyaAllah.

Rabu, 24 Februari 2010

Eh..Ngata Ke Dulang..

Inilah sikap pembangkang..'matlamat menghalalkan cara'.. Jika sesuatu perkara itu dilakukan mereka, tidak mengapa..jangan persoalkan. Semua baik..semua halal dan nama rakyat digunakan..rakyat mana? Maklumlah, penyokong mereka sampai ke Australia dan Amerika.Tetapi jika dilakukan oleh pihak Barisan Nasional, apatahlagi UMNO..habis dipukul canang oleh mereka..memperbesarkan isu kecil dan terpinggir..barangkali mereka rasa Barisan Nasional dan UMNO tiada kerja lain yang lebih penting perlu dibuat dan ditangani. Inilah dinamakan ujian Allah kepada mereka yang benar.

Isu yang ingin dibangkitkan disini ialah kenyataan PAS yang mempertikai UMNO menggunakan kemudahan dewan UiTM Jengka untuk majlis Konvensyen UMNO Pahang yang berlangsung selama 3 hari bermula 20 Februari lalu. Ketika majlis dilangsungkan, ia sama sekali tidak membabitkan pelajar kerana ia dilangsungkan secara tertutup sehingga pihak media pun dilarang untuk membuat liputan. (Mahasiswa Mahasiswi sedang bercuti pada ketika itu). PAS turut mempertikaikan jika terdapat kebenaran Menteri Pengajian Tinggi (kerana beliau Ahli MT UMNO, sudah tentu Menteri memihak kepada UMNO katanya), mengaitkan Akta UiTM 174 dan dana kerajaan sehingga meminta Jabatan Audit Negara dan SPRM masuk campur.

Saya faham, pihak PAS sebenarnya takut UMNO cuba mempengaruhi minda mahasiswa dan mahasiswi UiTM. Atau sebelum ini barangkali mereka cuba menggunakan dewan UiTM tapi tak berjaya mendapat kebenaran..Tetapi pada hari tersebut, bukan itu matlamatnya. Matlamatnya memperkasakan UMNO Negeri dan menghasilkan resolusi untuk dijadikan garis panduan UMNO Negeri. Barangkali juga, PAS lupa UiTM wujud atas usaha kerajaan dan UMNO untuk pendidikan dan menjamin masa depan anak Melayu Bumiputera tanpa boleh diganggu gugat bangsa lain. UMNO jugalah penyebab wujudnya UiTM ini.

Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob telah menjawab dan membidas kenyataan PAS itu secara terang dan tepat. UMNO membayar sewa dan memohon kebenaran secara rasmi penggunaan dewan mengikut syarat yang telah ditetapkan pihak UiTM. Pihak UiTM telah memberikan kebenaran dan kuasa. Saya pasti pihak UiTM sudah menilai melalui perbagai aspek mahupun dari segi perundangan sebelum memberi kebenaran kepada UMNO Negeri. Kenapa persoal UMNO dan bukan kepada pihak UiTM yang memberikan kebenaran?

PAS hanya nampak apa yang dirasakan mereka UMNO mengambil kesempatan. Bagaimana pula dengan mereka? PAS dan Pakatan Rakyat sering menggunakan institusi pengajian tinggi sebagai tempat untuk mereka melakukan seminar, ceramah dan kempen politik mereka. Sebagai contoh di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS),Bangi. Malah terang-terangan menyasarkan kepada pelajar dalam usaha mengembangkan ideologi politik mereka kepada para mahasiswa dan mahasiswi (pelajar-pelajar UIA,UM,UKM,UPM, UNISEL) Bukankah menara gading sepatutnya tempat anak-anak muda harapan negara menuntut ilmu tanpa dipengaruhi ideologi politik. Mengapa diganggu fikiran, tumpuan dan tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar. Mengapa tidak dibiarkan mereka membuat pilihan politik setelah tamatnya pengajian? Dimana kualiti pelajar universiti? Dah dicampur-aduk dengan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya...sehingga pelajar lupa pada tanggungjawab sebenar dan harapan ibubapa serta negara.

Fikir-fikirkanlah..

Allah Maha Mengetahui.

Selasa, 23 Februari 2010

"Buta Hati"

Merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 24 Februari 2010, Rabu di mukasurat
N2: Nasional yang bertajuk "Hanya Anwar Layak Jadi PM: Guan Eng". Bukan tajuk itu yang hendak dibincangkan, sebab takde apa yang hendak dibincangkan..sekadar satu kenyataan untuk menjaga hati mahupun mengampu, atau pun menutup sikap sebenar DAP di dalam Pakatan Rakyat dan kononnya Pakatan Rakyat sebuat parti yang saling bertolak ansur sesama sendiri..tergelak bila memikirkannya.

Isu di sebaik tajuk itu yang sebenarnya yang hendak dibincangkan. Guan Eng mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas kenyataan dan cadangan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Abdul Aziz Bari bahawa Guan Eng layak dipilih sebagai antara calon Perdana Menteri Malaysia bukan Islam..Profesor yang dah cukup pandai ni juga mencadangkan jawatan Perdana Menteri Malaysia lebih layak dipilih dalam kalangan bukan Melayu dan bukan Islam..

Betulkan saya jika kenyataan saya ini salah sebab saya tidak berkesempatan membaca kenyataan penuh Profesor ini melalui tulisannya di ruangan 'Perspektif' Sinar Harian. Cukup bagi saya untuk memahami isi-isi penting kandungan penulisan beliau..

Apakah kewajaran tulisan dan cadangan itu dibuat?Lupakah apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara? Bangsat sangatkah kepimpinan orang Islam Melayu Malaysia di atas bumi Tanah Melayu Malaysia sendiri? Butakah hati dan pemikiran manusia yang bergelar Profesor ini? Inilah jadinya bila rasa diri dah terlalu pandai dan berfikiran terbuka tanpa mengira perasaan dan sentimen kaum yang seagama dan sebangsa dengan beliau? Kalau sekalipun tulisannya berputik dari hati dan fikiran terlalu benci pada kerajaan memerintah sekarang, itu hak beliau..masing-masing ada alasannya tetapi jangan sampai sanggup memperlekeh kepimpinan orang Islam Melayu yang ditentukan Allah untuk memimpin sebuah negara Islam. Malaysia ini hak dan tanggungjawab ditetapkan Allah kepada kita, orang Islam Melayu!

Mungkin jika cadangan beliau ini satu hari nanti menjaga kenyataan, baru beliau tahu bagaimana hidup dipinggir di bumi sendiri,betapa tinggi atau rendahnya langit..barangkali beliau hendak sangat bertuankan bangsa lain..Tak nampakah beliau pada hari ini sahaja..orang Islam Melayu sahaja yang bertolak ansur dalam hampir semua perkara, dan yang benar -benar berusaha mewujudkan perpaduan dan keharmonian demi negara..adakah "mereka" juga melakukan perkara yang sama? (Merujuk kepada kebanyakan kenyataan kolumnis akhbar Cina yang rata-rata mempersoal isu orang Melayu dan Islam serta memperlekeh dan memandang sinis amalan 1 Malaysia kerajaan. Tapi apa usaha mereka kini untuk membantu mempertahankan amalan harmoni negara yang dibina selama 52 tahun?)

Adakalanya mulut itu lebih baik tutup dari dibuka..


Allah jua Maha Mengetahui.

Isnin, 8 Februari 2010

5-0!

Allah'huakbar! Itu perkataan pertama muncul dari mulut ini secara spontan. Ucapan Alhamdullilah menyusul tanda kesyukuran kehadrat Illahi. Tanpa kuasa dan ketentuanNya, tak mungkin UMNO dan Barisan Nasional memperoleh kemenangan untuk mentadbir Negeri Perak. Itulah hakikat yang berlaku ketika rakyat Malaysia dan Perak khususnya sekian lama menanti keputusan akhir mengenai siapakah sebenarnya yang layak menjadi Menteri Besar Perak sekaligus diharapkan mampu meredakan suasana politik di Perak. Setelah setahun tiga hari menanti keputusan, akhirnya Mahkamah Persekutuan mengumumkan Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (BN) kekal sebagai Menteri Besar Perak dengan keputusan sebulat suara panel lima hakim. 5-0. Bukan 4-1 kemenangan seperti yang diramalkan memihak kepada PR.

Tahniah juga kepada rakan-rakan kita di dalam Barisan Nasional Perak dan rakan-rakan NGO yang mendaulatkan Islam, kuasa Raja dan perpaduan orang Melayu Perak. Setiap saat mereka bekerja keras menerangkan kepada rakyat hal sebenar walaupun mendapat cercaan dan penghinaan dari kem pembangkang dan bangsa berkepentingan. Namun atas dasar kebenaran dan martabat bangsa, lautan api juga direnangi mereka. Tahniah!

Episod ini tidak akan berakhir dengan aman dari kem yang tewas tetapi sekurang-kurangnya meredakan sedikit kemelut dan pertikaian undang-undang membabitkan hal ehwal kuasa akhir penentu pemerintahan di Negeri Perak ini. BN dari dulu lagi sentisa menyerahkan kepada undang-undang sebagai jalan penyelesaian. Kita turut berharap keputusan ini dihormati oleh PR. Tetapi melalui kenyataan akhbar Dato' Seri Nizar selepas keputusan mahkamah dibuat, tiada langsung tanda hormat kepada undang-undang malah mempertikaikan lagi. Biarlah..susah nak menutup mulut manusia selagi tidak dapat apa yang diinginkan.. Barangkali Dato' Seri Nizar sudah lupa..dalam ramai-ramai ADUN PR Islam Melayu, beliau dipilih dan dilantik menjadi Menteri Besar atas perkenan DYMM Sultan Perak. Bukan rakyat apatahlagi rakan DAPnya..yang ternyata tidak berpuas hati sebab tidak dipilih menjadi Menteri Besar biarkan DAP memiliki majoriti kerusi dalam PR keran nasib baik Undang-Undang Tubuh Negeri Perak menetapkan hanya orang Islam Melayu boleh menjadi Menteri Besar..kalau tak, kita takkan kenal siapa itu Dato' Seri Nizar. Beliau sentiasa menyatakan beliau Menteri Besar pilihan rakyat.Rakyat hanya memilih beliau sebagai Wakil Rakyat, bukan Menteri Besar kerana itu kuasa Tuanku. Sebagai ahli parti yang mengaku memperjuangkan Islam, tidak terfikirkah beliau mengapa Allah tidak memilih kerajaan pimpinan beliau untuk memerintah dan diberi kemenangan dalam keputusan mahkamah? Ada la silapnya yang beliau sedar atau buat-buat tak sedar..

Biarlah..kita menanti apa yang akan berlaku seterusnya..apakah akan wujud lagi drama kelolaan PR di Negeri Perak nanti. Kita hanya mendoakan apa yang terbaik untuk saudara seagama dan sebangsa kita disana serta seluruh rakyat Perak. Dan kita yakin BN mampu melakukannya.

Jadi, mulai saat ini, Dato' Seri Dr. Zambry bersama kepimpinan negeri diharap dapat memantapkan serta menarik sokongan lebih kuat rakyat kepada Barisan Nasional. Disamping mengembalikan kestabilan politik negeri, diharap beliau dapat mengembangkan lagi sektor ekonomi untuk kesejahteraan rakyat Perak keseluruhan. Lupakan hal politik, tumpukan kepada kehendak rakyat..InsyaAllah. Sikap redha, meredah diri serta yakin dalam amalan pentadbiran akan memberi semula kekuatan dan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional. Tiada apa yang mustahil. Yang benar akan sentiasa dipelihara Allah Ta'ala.

Allah'huakbar! Allah'huakbar! Allah'huakbar!

Daulat Tuanku!

Hidup UMNO!