Jumaat, 2 April 2010

Setahun Sudah Khidmat Diberi, Amanah Dilaksanakan..

Hari ini, 3hb. April 2010 genaplah setahun usianya kepimpinan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak sebagai Perdana Malaysia yang ke-6.

Jika tanpa kekuasaan dan keizinan Allah, mustahil beliau dapat menjalankan amanah Allah sebagai seorang pemimpin sebuah negara Islam yang terdiri dengan pelbagai kaum ini. Bukan mudah untuk seseorang insan dengan masa sesingkat ini untuk membetulkan segala masalah membabitkan agama,bangsa dan negara. Apatahlagi adanya tangan-tangan jahat yang cuba mengganggu gugat keharmonian dan kestabilan negara..

Sikap keterbukaan, yakin, berani, bijak, pantas, berkarisma, mesra dan rajin turun padang mendekati, mendengar denyut nadi dan memahami permasalahan rakyat tanpa mengira agama,kaum mahupun fahaman politik menjadikan Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak disukai dan mudah diterima rakyat. Itu fakta!

Ketika beliau menduduki tampuk kerusi Perdana Menteri, beliau telah dihidangkan pelbagai masalah terutamanya ketika berlakunya kejutan tsunami di dalam UMNO dan Barisan Nasional pasca Pilihan Raya Umum ke-12 serta ketidak tentuan ekonomi global. Pastinya beliau tahu cabaran tugas sebagai seorang Perdana Menteri dan memahami pelbagai masalah yang ada dan mungkin timbul, namun beliau berani dan berkomitmen penuh menyahut cabaran dan amanah rakyat untuk mengembalikan kegemilangan, kestabilan negara dan kekuatan politik UMNO dan BN. Bukan mudah melakukannya sekaligus dalam masa sesingkat setahun. Apatahlagi. musuh yang menyerang bukan dari luar, tetapi turut datang dari mereka-mereka yang sanggup menjatuhkan maruah negara dan bangsa sendiri demi matlamat politik ingin bergelar Perdana Menteri, meskipun mendudukinya secara haram! Tuduhan demi tuduhan liar serta fitnah melampau dilemparkan kepada beliau dan kepimpinannya dapat ditangani dengan bijaksana dan tidak mudah melatah. Malah kesabaran beliau dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu permasalahan amat dihargai kerana ia dilakukan secara pantas, tepat dan mudah.

Pengenalan Gagasan 1 Malaysia, NKRA, KPI, MEB, Pakej Rangsangan Ekonomi adalah antara intipati idea Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan kepimpinannya yang berjaya membawa negara keluar dari belenggu permasalahan merundumnya ekonomi global dan menyatupadukan keharmonian penduduk berbagai kaum negara. Meskipun ada yang mempertikaikannya, (Biasalah tu, manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada dan tidak mudah mengakui kebaikan sesuatu perkara itu demi kepentingan diri..) dengan usia yang baru setahun, pelbagai idea dan jalan penyelesaian diperkenalkan demi kesejahteraan rakyat dapat dijalankan. Bangkitnya negara dari kejatuhan ekonomi global adalah hasil daripada kebijaksanaan Y.A.B Dato' Sri sehingga beliau digelar Reformis Ekonomi oleh pakar-pakar ekonomi dunia yang turut kagum dengan cara beliau menanggani masalah ekonomi ini dengan pantas dan segera.

Tahniah dan selamat maju jaya kami ucapkan dari hati nurani ikhlas ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO (P.P.U) Kampung Dalam, DUN Chenor. Semoga Y.A.B Dato' Sri dapat meneruskan prestasi yang lebih gemilang demi keagungan dan kekuatan agama, bangsa dan negara. Berjuanglah dengan ikhlas dan berkeyakinan tinggi. Kami berikrar akan sentiasa berjuang dan berdiri teguh bersama kepimpinan Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. InsyaAllah.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Hidup UMNO!
Hidup Melayu!

24hb. April 2010

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil P-94 Hulu Selangor akan diadakan pada 24hb April 2010. (InsyaAllah, jika ada pertandingan dan tiada insiden yang boleh menyebabkan pilihan raya ditangguhkan..)

Al-Fatihah buat Allahyarham Dato' Dr. Zainal Abidin Ahmad..

Bagi kita, semangat Barisan Nasional amat penting kerna kerjasama yang jitu memungkinkan kemenangan gemilang kembali ke pangkuan BN..

Isu calon kita serahkan kepada kebijaksanaan Pengerusi Barisan Nasional, yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Biar beliau menggunakan kuasa,budibicara dan penilaian terbaik..tiada 'boss' yang mahukan partinya kalah..yakini beliau akan memberikan keputusan terbaik..pokok asasnya ialah kemenangan kerana pilihan raya ini turut bakal menjadi ukuran penerimaan rakyat terhadap kepimpinan beliau dan sokongan terhadap Barisan Nasional keseluruhannya..Ini juga menjadi penilaian terbaik kita untuk melihat kebijaksanaan pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor, samaada sudah sedar atau masih mengantuk disorong bantal dengan dakyah dan politik jengkel Penipu Rakyat (PR)..

Sesiapa pun calonnya..perlu memenuhi aspirasi dan harapan rakyat. Seperti biasa, kriteria yang perlu ada pada seseorang calon itu ialah mesra serta mendampingi rakyat, memahami kehendak dan membela untung nasib rakyat, bersikap sederhana dan merendah diri, selalu turun padang, menunaikan janji, bijak menangani masalah dan berani menyahut cabaran. Saya pasti, semua parti akan menyatakan calon mereka mempunyai ciri-ciri tersebut.. (PR pun kata calonnya ada semua kriteria tu..tapi hampeh..setakat ni takde satu pun ciri-ciri asas ni ada pada mereka..kalau ada pun mungkin sebesar kuman, contohnya berapa sangat janji-janji dan gula-gula yang ditaburkan pada PRU-12 mereka buat dulu dapat ditunaikan?)

Setiap parti ada calonnya dan pastinya masing-masing mempunyai alasan dan kekuatan tersendiri. Dan bagi MIC yang beria-ia mahukan calonnya bertanding adalah barangkali bagi menutup malu prestasi sugul PRU-12 lalu sekaligus membuktikan parti itu masih mendapat tempat di hati masyarakat terutama bagi kaum India..dan bagi MCA barangkali ini menjadi medan penentu peringkat awal sokongan rakyat terutamanya pengundi Cina terhadap kepimpinan Presiden barunya, Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek. Pastinya isu calon dari MCA bukan agendanya tetapi ialah transformasi baru dalam usaha merapat dan memperkuatkan MCA..

Bagi UMNO, ketika PRU-12 lalu, prestasi parti keramat Melayu ini tetap utuh walaupun rakan-rakannya tumbang..Dengan peratusan pengundi Melayu yang paling tinggi di sana, ditambah fakta sesungguhnya Hulu Selangor ialah antara kubu kuat UMNO di Selangor (3 DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor dikuasai oleh ADUN dari UMNO) dan agak mengejutkankan, UMNO hanya pernah memimpin P-94 pada tahun 50an sesingkat 2 tahun dan jika difikir, jika 'adil' dijadikan ukuran, wajarlah UMNO yang diberi peluang untuk mengambil alih kerusi P-94 ini..serta jangan kita lupa, rakyat telah menolak calon MIC pada PRU lalu ( dan tidak mustahil ini boleh berlaku lagi..) Akhir sekali, dan bukan menidakkan sumbangan anggota komponen lain, selepas PRU-12, parti UMNO dilihat terus bangkit, paling pantas dan kuat bekerja dalam usaha mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN. Malah ketika parti-parti komponen BN yang lain menghadapi krisis dan masalah, (walaupun UMNO turut menghadapi masalahnya sendiri), UMNO dijadikan 'tempat mengadu' dalam membantu parti-parti ini menyelesaikan masalah biarpun bukan semua(kerana bukan amalan kita mencampuri urusan rakan-rakan kita). UMNO juga menjadi tiang seri utama dan bukti Barisan Nasional masih kukuh. Ini adalah antara asas-asas mengapa calon dari UMNO adalah calon terbaik untuk bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor ini.

Tetapi seperti yang dinyatakan pada awalnya, soal calon jangan diperdebatkan sehingga boleh mewujudkan sengketa diantara parti komponen BN. Ingat asas dan tujuan semangat setiakawan BN. Kesejahteraan rakyat dan negara menjadi keutamaan. Kalah atau menang, khidmat kepada masyarakat tidak boleh dan InsyaAllah, tidak pernah diabaikan. Itu yang menjadikan Barisan Nasional sentiasa mendapat tempat di hati rakyat. Kalau kita bertelagah sesama sendiri, disebabkan perkara yang boleh diselesaikan perbincangan, bagaimana rakyat hendak yakin kita mampu memimpin dan menjaga hal ehwal mereka?

Yakinlah dengan keputusan dan kebijaksanaan Pengerusi Barisan Nasional untuk memilih calon. Jangan ditekan dengan pelbagai isu kerana akhirnya yang keliru adalah rakyat..Beliau pasti menilai dari segenap inci sebabnya, mengapa dan siapa yang bakal dicalonkan. Suara akar umbi dan pengundi Parlimen Hulu Selangor yang paling penting, bukan pemimpin parti. Daripada mana parti yang diwakili, yang penting bendera Barisan Nasional akan dikibarkan sebagai tanda satu hati dan kesepakatan sesama kita.

Perjuangan, kebijaksanaan, strategi dan setiap langkah bakal menjadi penentu menang atau tersungkurnya kita di sana. Tugas kita adalah memberi penerangan terperinci setiap usaha dan komitmen kita dalam memberi jaminan keselesaan serta memenuhi agenda kesejahteraan rakyat. Dengar luahan nurani mereka.Kita juga harus sentiasa bersedia, bijak dan berani menangkis sebarang tohmahan dan fitnah Penipu Rakyat dalam usaha mengelirukan dan menyemai perasaan benci terhadap kerajaan Barisan Nasional dan UMNO khasnya. Berani kerana benar..Ingat, mereka akan menyerang kita dengan budaya ala samseng jalanan, beruk di zoo, provokasi, gertakan dan permainan kotor.Gunakan kebijaksanaan kita..jangan terikut-ikut dengan rentak mereka, jangan ia melemahkan kita.Mungkin PR sudah lupa darah Melayu yang mengalir dalam badan kita..kesabaran kita ada hadnya..

Mari kita sama-sama memberi kesedaran kepada para pengundi P-94 akan kepincangan dan pembohongan PR serta 'matlamat menghalalkan cara' politik sempit mereka..

Peringatan kepada rakan-rakan di dalam BN, jangan berkecil hati, iri hati dan berdendam serta menjadi duri dalam daging jika calonnya tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor ni..bekerjalah bersama-sama demi menjamin kemenangan gemilang Barisan nasional, InsyaAllah.

Ayuh warga UMNO, iringan perjuangan kita dengan doa dan semangat 1 Malaysia. Sama-sama kita berkerja dengan ikhlas dan gigih dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional. InsyaAllah..

Jumpa di sana..

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Hidup UMNO!
Hidup Melayu!
Dirgahayu Negaraku!
Daulat Tuanku!