Jumaat, 9 Oktober 2009
Selamat Bersidang
Jadikan perhimpunan ini sebagai suatu wadah untuk menaikkan semangat, menguatkan jati diri dan sumber ilmu. Sidang ini bakal tercatit dalam sejarah UMNO mahupun negara kerana ia berkaitan dengan hak dan kuasa untuk memilih 3.47 juta ahli UMNO seluruh negara. Bukan sahaja untuk peringkat bahagian, malah kemungkinan berpeluang untuk memilih pucuk kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Berbagai lagi perkara dan pindaan akan dibincangkan di Perhimpunan Khas kali ini. Pasang telinga, buat catitan untuk dikongsi dengan ahli-ahli yang tidak dapat hadir ke perhimpunan ini. Kita bincangkan sesama kita di peringkat cawangan. Buat menambah ilmu..
Walau apa pun keputusanya..diharap ia dilakukan untuk kebaikan dan masa depan UMNO.. UMNO tetap UMNO..misinya sebagai wadah perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara. Walau apa pun intipati yang diubah di dalam UMNO, misinya tetap kekal sama selamanya!
Majlis yang baik akan sentiasa diberkati dan dilindungi Allah Ta'ala..yang penting niat yang ikhlas dan demi kekuatan UMNO itu sendiri. Sekali lagi..Selamat Bersidang wahai pejuang UMNO!
Hidup UMNO! Allah'huakbar!
Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang : Selamat Mengundi!
Anda telah saksikan berbagai cara dan kempen yang telah dijalankan oleh kedua-dua pihak yang bertanding. Tak perlu diulas disini kerana anda, selaku pengundi yang berhak mengundi di sana tau apa yang perlu dinilai serta diperlukan di sana dan kami di sini yakin anda akan melakukan yang terbaik untuk masa depan anda..
Keluarlah menjalankan tanggungjawab anda tanpa perlu rasa risau dan gundah..lapangkan fikiran dan mulakan dengan Bismillah..
Jumaat, 18 September 2009
Salam Aidilfitri 1430H
Tangan dihulur maaf dipinta jika ada terkasar bahasa, tersilap tutur kata dan bicara. Kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan secara sedar atau tidak.
Jangan dilupa amalan ziarah-menziarahi sesama tetangga..eratkan silaturahhim sesama kita.. Tidak dilupa kepada ahli keluarga, saudara-mara, guru-guru, rakan-rakan serta pejuang-pejuang Islam, UMNO dan negara yang telah pergi..sedekahkan Al-Fatihah sebagai mengenang jasa, pengorbanan dan kasih-sayang kita kepada mereka yang telah pergi..
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin.
Isnin, 14 September 2009
Seruan
Maka ini, kami, Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Kampung Dalam menyeru kepada mana-mana pihak, terutamanya rakan-rakan di dalam Barisan Nasional yang telah mengeluarkan kenyataan menghina, mencerca, menfitnah dan berniat menjatuhkan maruah mana-mana pemimpin negara - terdahulu dan terkini supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan demi perpaduan dan menjaga keakraban yang telah dijalin. Elakkan perasaan dan emosi menguasai diri sebelum membuat kenyataan. Jangan bersikap terlalu biadap dan melampau terhadap pemimpin-pemimpin kita..ini bukan budaya masyarakat Malaysia.
..jangan bermain api jika tidak binasa diri..
Jumaat, 11 September 2009
Hancurkan Musuh-Musuh Islam
LONDON: Penganjur tunjuk perasaan anti-Islam dijadualkan di sini esok, berjanji mengadakannya secara aman. Tunjuk perasaan itu dianjurkan Stop Islamification of Europe (SIOE) (Hentikan Proses PengIslaman Eropah), dijadualkan diadakan di luar masjid Harrow Central di sini.
Tunjuk perasaan berlawanan untuk membantah tunjuk perasaan SIOE itu juga dirancang di lokasi sama yang mana sebuah masjid baru setinggi lima tingkat sedang dibina. Bercakap bagi pihak SIOE, penganjur bersama Stephen Gash berkata:"Kami tidak mahu melihat lebih banyak masjid dibina sehingga kebencian (kononnya dipupuk di masjid) dihentikan"
Beliau berkata kumpulan itu yang menggunakan cogan kata 'Perkauman adalah ciri insan paling bodoh, tetapi fobia terhadap Islam adalah sesuatu yang munasabah' akan bekerjasama dengan polis bagi memastikan tunjuk perasaan ini diadakan secara aman.
-petikan daripada Berita Harian, Khamis 10hb. September 2009 - Ruangan 'Dunia' di Muka Surat 44
Apabila membaca berita ini..Allah Ta'ala sahaja yang tahu perasaan ini. Perkataan yang terpacul dari mulut..Satukanlah! Kuatkanlah hati dan semangat saudara-saudara Islamku dan turunkanlah bala dan bencara kepada musuh-musuh Islam..hancurkanlah mereka..
Bila difikirkan semula..takut juga mereka ini kepada Islam..maklumlah, sudah ramai yang memeluk agama Islam di negara Eropah selepas tragedi 11 September 8 tahun lalu serta penindasan kuasa barat didokongi Israel dan Amerika serta sekutunya ke atas negara Islam - Palestin, Iraq, Iran dan seumpamanya...Islam timbul di dalam diri mereka yang mencari jalan kebenaran, keinsafan serta kesedaran betapa cantiknya Islam itu sendiri. Mereka memperoleh ketenangan sesudah memeluk Islam. Alhamdullilah.
Dan inikah negara yang kononnya bersikap keterbukaan dan kebebasan beragama kepada penduduknya? Mungkin kerajaan Britain mengatakan itu hanyalah pendapat segelintir kecil penduduknya (dilaporkan 200 orang juga yang menyertai bantahan ini) namun itu sebenarnya yang terbuku di dalam sanubari sebilangan penduduk Britain..cuma takut untuk mengatakannya secara terbuka. Dan jika benar kerajaan Britain memahami perasaan penduduknya yang beragama Islam, pihak berkuasa tidak akan melayan langsung permintaan sebegini..
Sejak dari turun-termurun, bermula dari perang salib, memang dendam dan perasaan benci kepada Islam tidak pernah padam. Cuma bentuknya berubah..dulu dengan pedang..sekarang dengan kuasa politik dan ekonomi..
Dimasa depan, akan sentiasa wujud anasir-anasir serta usaha untuk menjatuhkan Islam melalui akidah penganutnya.. Bukalah mata..kuatkan Iman serta bertaqwa kepada Allah Ta'ala dan RasulNya...kita pula dekati mereka dan sebarkan Islam tanpa perlu ada perasaan takut..kita yakin pada yang benar..nescaya, InsyaAllah, kita akan dilindungi dan dirahmati..
Allah'huakbar! Allah'huakbar! Allah'huakbar!
Perangai Jiran Kita...
Tak kira sesuatu isu itu timbul di dalam negara mahupun yang datang dari luar..ia menyedarkan kita betapa pepecahan dan sikap tidak mahu bertolak ansur sering menjadi senjata penyebab kejatuhan sesebuah tamadun. Bersikap membuta-tuli, mementingkan nafsu amarah melangkaui batas dan roma-roma hidup bertoleransi akan menambahkan persengketaan bahkan menuju kepada pertumpahan darah. Moga Allah melindungi kita dari ditimpa bencana.
Antara isu yang mengguris hati pada hari ini ialah sikap negara jiran kita, Indonesia yang hampir serba-serbinya sama dengan Malaysia - Islamnya, bahasanya, budaya serta adatnya. Perasan benci, kemarahan yang meluap-luap serta menitis air mata melihat Jalur Gemilang dibakar oleh golongan kononya penegak demokrasi Indonesia - Kumpulan Pemuda Nasionalis Bendera. Bukan sekali..sudah acap kali perkara sama dilakukan terhadap negara kita! Mencari kebenaran dan menuduh kita sebagai sebuah negara 'pencuri budaya' dan pelbagai lagi tohmahannya. Isu lapuk iaitu lagu 'Rasa Sayang' dan lagu kebangsaan kita dibangkitkan semula sebagai medium tambahan membangkitkan kemarahan rakyat Indonesia.
Isu yang dimainkan sekarang ialah mengenai tayangan sebuah dokumentari berkaitan negara yang turut memaparkan 'Tarian Pendet', sebuah tarian dari Bali. Dan kesilapan ini berlaku tanpa arahan mahupun pengetahuan negara kita dan hal ini disahkan oleh pihak Discovery Channel, yang bertanggungjawab menayangkan dokumentari itu..dan walaupun isunya sudah diselesaikan dan diberi penerangan serta pohonan maaf dari pihak Discovery Channel kepada kerajaan dan rakyat Indonesia mengenai 'Tarian Pendet' yang tiada kena mengena langsung dengan negara kita. Ia hanyalah salah faham ringan. Namun, walaupun penerangan panjang lebar diberikan, pihak-pihak ekstremis Indonesia ini tidak menghiraukannya. Susah bercakap dengan batu ni!
Dan ini menimbulkan persoalan, apakah sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah disebabkan perasaan iri hati dengan kemajuan ekonomi serta hidup berharmoni rakyat perlbagai kaum negara? Adakah sekadar ingin menarik perhatian Presidennya supaya lebih memberi perhatian kepada pergerakan mereka? Apakah mereka ini hanya mempunyai akal yang sempit dan hanya tahu mewujudkan suasana tegang dan konfrantasi sehingga sanggup mengumpul beliawan Indonesia untuk pergi menumpah darah,berperang dengan Malaysia.
Kempen 'Ganyang Malaysia' dan Sweeping Malaysia dianjurkan dan dibawa ke jalanan Jakarta menakutkan warganegara kita yang rata-rata kebanyakkannya mencari ilmu di negara jiran itu. Ditahan mobil untuk memeriksa kad pengenalan. Jika ada warganegara kita yang ditemui, pasportnya akan dirampas dan dihalau pulang ke Malaysia kononnya sebagai pendatang haram.
Isu amah dan pekerja buruh turut dijadikan isu sempit. Berapa ramai isu amah mahupun pekerja Indonesia yang didera oleh majikan dilaporkan? Ia membabitkan isu terpencil dan dilakukan oleh segelintir masyarakat Malaysia. Malah, pendera sudah ada yang dihukum atas dasar setiakawan sesama negara serta perikemanusiaan tanpa mengira warganegara dan sebagainya.
Mungkin mereka sudah lupa, bertahun-tahun kita membuka pintu kepada warganegara Indonesia untuk mencari rezeki di sini malah ada yang melampaui kemampuan dan taraf hidup penduduk tempatan. Satu juta lebih penduduk mereka disini. Professional mahupun buruh. Kita sentiasa menghulurkan bantuan tidak berbelah bagi kepada mereka ketika ditimpa musibah dan bencana. Tsunami melanda Banda Acheh serta kepulauannya dan terkini, kejadian gempa bumi di sana. Sukarelawan kitalah yang pertama datang menghulurkan bantuan tanpa dipanggil dan tanpa mengharapkan apa-apa. Meraka sudah lupa atau barangkali sengaja melupakan jasa dan pengorbanan negara kita. Malah, kita membantu dalam mempromosi agenda dan kempen pelancongan Indonesia di Malaysia secara aktif.
Apa akan jadi jika kita hantar pulang semua rakyatnya dan memutuskan hubungan diplomatik? Kita tutup buku dengan Indonesia. Pernah tak mereka bayangkan? Malaysia sentiasa dalam keadaan sedar dan bersikap bertolak ansur apabila timbulnya isu membabitkan hubungan sesama negara jiran. Kita buka pintu rezeki kepada mereka demi survival hidup.Bagi kita, tiada apa yang tidak dapat diselesaikan. Kerajaan Indonesia juga memainkan peranan penting memastikan tidak timbul lagi kejadian rakyatnya menghina dan membakar jalur gemilang. Moga-moga ia bukanlah satu kenyataan sekadar untuk menjaga hati kita tanpa membuat tindakan dan mengawal masyarakat terutamanya kelancangan media-media di sana. Itulah akibatnya jika sesuatu akta atau undang-undang seperti I.S.A tidak dilaksanakan di Indonesia. Masyarakat dan media Indonesia terlalu bebas membuat laporan panas dan sensasi sehingga mendatangkan ketegangan dan suasana tidak aman. Mengapi-apikan penduduk Indonesia yang rata-rata lebih banyak menggunakan kepala lutut dari akal sebelum menerima dan menilai sesuatu maklumat. Apa sahaja yang mendatangkan persengketaan..jemputlah mereka. Sebab itu negara mereka tidak akan maju mahupun aman jika mentaliti kononnya pejuang negara tidak berubah.
Rakyat Malaysia juga pejuang tetapi bukan untuk perkara remeh dan bodoh! Kita bangsa yang mempunyai agama dan adat tata cara hidup. Sifat lemah-lembut dan bertolak-ansur kita diambil kesempatan oleh pelbagai pihak..Jika tidak sudah lama ada laporan bendera Indonesia di bakar di negara kita. Kita tidak menyerang kedutaan mereka disini. Tidak ada sekalipun laporan sekecil menjentik telinga warga mereka akibat isu ini malah kita boleh berlaga bahu di jalan-jalan kita serta mampu bertegur sapa dan solat berjemaah bersama. Bukan sikap kita untuk menuang minyak keatas api yang sedang marak. Kita letakkan kepercayaan dan mencari jalan penyelesaian oleh pemimpin tertinggi kedua-dua negara. Selama ini, walaupun ada wujudnya percanggahan idealogi, hubungan kita tetap utuk dan mesra sebab kita tau asal-usul kita nan satu.. hidup nusantara. kepulauan Melayu sejak era sejarah. Jangan disebabkan satu pihak yang cetek akal, hendak dimusnahan hubungan bak keluarga sesama dua negara jiran. Kita cuma amat berharap keselamatan warganegara kita yang berada di Indonesia dijamin sepenuhnya oleh kerajaan Indonesia bagi mengekalkan hubungan baik kedua-dua negara.
Kita sentiasa berserah kepada kekuasaan Allah Ta'ala melindungi kita sesama saudara se-Islam. Hanya Allah mengetahui segalanya walau sebesar zarah. Ya Allah, berilah kekuatan dan perlindungi kepada seluruh hambamu ini daripada kebinasaan dan hasrat dengki. Satukanlah hati kami dan berikan kemenangan kepada kami dari musuh-musuh kami dengan keredhaanMu. Amin.
Dirgahayu Negaraku!
Isnin, 7 September 2009
Biadap!
Allah lebih mengetahui.
Indahnya Hukum Islam
Allah lebih mengetahui
Maklumat Ringkas:
Sebat Cara Islam
- Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan seleps 2 bulan melahirkan anak
- Sebatan tidak boleh kena muka,kepala,perut dada atau bahagian sulit
- Pesalah lelaki disebat berdiri manakala pesalah perempuan dalam keadaan duduk
- Sebatan dengan kekuatan sederhana
- Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
- Tidak melukakan kulit pesalah
- Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz
- Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
- Pemakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
- Bahagian daging punggung terdedah untuk disebat
- Pesalah akan dibaringkan secara berdiri di tempat hukuman dimana tangan dan kaki diikat
- Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus
- Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan
- Sebatan secara sentapan paling menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar
YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?
Ahad, 6 September 2009
Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).
Perlawanan Bolasepak (Liga) Sempena Karnival Liga Sukan Komuniti DUN Chenor 2009
Tempat: Padang Sekolah Menengah Teknik Pertanian Chenor
Tarikh: 16 Julai 2009
Pasukan: P.P.U Kg. Dalam (Putih) vs. B.J.F.C Seberang Chenor
Keputusan: P.P.U Kg. Dalam (3) - BJFC Seberang Chenor (2)
*Jaringan Cantik Melalui Sepakan Percuma Di Luar Kotak Penalti
Sabtu, 5 September 2009
Wakil AJK Pemuda UMNO Bahagian, Sdr. Saiful Anuar menyampaikan ceramah bertajuk 'Mengapa UMNO?'
Ketua Pemuda bersama AJK Pemuda Bahagian bertekad bersama-sama mencari jalan penyelesaian dan akan membawa isu ini ke pihak sepatutnya. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Perjumpaan dan program begini perlu kerap diadakan dari masa ke semasa bagi terus-menerus mendampingi golongan muda khususnya ahli Pemuda UMNO itu sendiri di peringkat akar umbi. Fahami dan dengarilah luahan permasalahan yang wujud. Dengan cara ini ahli itu sendiri mampu menarik sedikit nafas lega kerana mempunyai dahan untuk bertaut bagi membela nasib dan golongan muda khususnya. Kembalikan semangat dan hala tuju untuk terus bersama-sama berjuang mempertahankan hak.
Sesi soal jawab berlangsung
Gambar diambil daripada http://aminchenor.blogspot.com/
Senarai Ahli Jawatankuasa PPU Cawangan Kg. Dalam 2008/2009
Tahun 2008/2009
Ketua :
Saudara Abd. Razak Bin Kadir
Naib Ketua :
Saudara Salim Bin Sulaiman
Pen. Setiausaha :
Saudara Noor Azmi Bin Tan Mohd Aminuddin
Ketua Penerangan :
Saudara Dino Afizul Bin Abidin
Bendahari :
Saudara Md. Baharuddin Bin Hassan
Ahli Jawatankuasa :
Saudara Dol Hisham Bin Said
Saudara Sauzi Bin Said
Saudara Mohd Dzakhiruddin Bin Abdullah Sani
Saudara Jefri Bin Abu Taib
Saudara Noor Azmi Bin Mansor
Saudara Wan Nor Muhammad Bin Wan Abdul Wahab
Ada Akal Pakai! Fikir-Fikirkanlah..
Fikir-fikirkanlah..jangan gadaikan masa depan Islam, Melayu dan Tanahair. PAS hanya memperjuangkan agama tanpa memperdulikan akarnya yang dipilih Allah untuk menyebarkan Islam di Tanah Melayu - Kita, bangsa Melayu! Allah tidak memilih bangsa lain untuk menyebarkan Islam di bumi bertuah ini. Jika benar PAS memperjuangan Islam, kenapa setiap kali membuka mulut mengenai agenda negara Islam, rakan-rakan di dalam PR (Pengkhianat Rakyat) memberi amaran dan menyuruh PAS diam! Selesaikan masalah penerimaan Islam dengan rakan dalam PR sebelum cuba mengajar UMNO dan orang lain. Di bawah UMNO, negara sudah lama menjadi negara Islam dan Islam sebagai agama rasmi negara sudah tertakluk dalam Perlembagaan Negara..
PKR hanya memperjuangkan matlamat bossnya dan DAP berjuang untuk bangsanya.
UMNO juga mempunyai rakan parti berlainan bangsa di dalam Barisan Nasional. Keakraban dijalin sejak sekian lama. Betul..ada masa-masanya timbul isu-isu sensitif sesama rakan BN tapi Alhamdullilah, suara UMNO masih dihormati dan diterima oleh rakan di dalam Barisan Nasional sebagai kata putus dalam mencari kesepakatan jalan penyelesaian. UMNO masih lagi dianggap peneraju dan ketua dalam kerajaan. Kita tahu kadang-kadang timbul juga perasaaan tidak puas hati..tapi semangat bertolak-ansur demi kesejahteraan negara terus disemai dengan baik. Jika tidak kita tidak akan bersatu dan melangkah jauh bersama selama ini. Perlu di ketahui, wujudnya isu ketegangan kaum bermula setelah tamatnya Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12 lalu. Ini mengakibatkan bangsa lain berani menuntut,mempersoal dan membuat komen terbuka mengenai Islam, Melayu, Tanahair dan kedaulatan Institusi Diraja. Bertambah parah apabila Melayu itu sendiri tidak bersatu padu. Wujudnya puak yang mengambil kesempatan dengan sanggup menggadai maruah agama,bangsa dan negara demi cita-cita peribadi.
Apabila kita menyentuh hal berkaitan bangsa mereka, kita terus dituduh perkauman. Kalau benarlah kita mengamalkan perkauman, sudah lama mereka duduk merempat menagih belas kasihan kita - selaku tuan rumah. Tetapi, hak untuk pendidikan, ekonomi, keluarga, amalan agama mereka tidak kita ganggu. Malah kita hormat dan kita mahu mempelajari dari mereka. Yang menjadi kemarahan kita adalah apabila sikap baik dan bertolak ansur kita diambil kesempatan. Apa lagi yang tidak cukup kepada mereka? Apabila isu cadangan satu sekolah, sebagai contoh, di cadangkan, kita terus dituduh perkauman. Tuduhan diberi tanpa mahu membuka minda dan memahami sebabnya. Namun, kita masih mampu tersenyum dan bersabar biar pun orang dan berani memijak kepala kita.. atas semangat perpaduan yang hendak kita kekalkan. Tapi jangan lupa..setiap perkara ada had dan batasan..
UMNO satu-satunya parti memperjuangkan Islam, Melayu dan Tanahair. Ketiga-tiga ini berkait rapat antara satu sama lain..Gugur satu agenda perjuangan, akan jahanamlah negara! Kita bukan parti yang sempurna, tiada satu parti pun yang sempurna, tapi wadah perjuangan UMNO telah ditetapkan dari dulu, kini dan selamanya.Kita sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik..malah lebih dari dulu. Sedangkan lidah lagi tergigit.. Fikir-fikirkanlah...
Kita akan bincangkan isu ini di masa yang akan datang...
Gambar diambil daripada : http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/
Salam Pengenalan
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh dan salam 1 Malaysia.
Bismillahirrahmanirrahiim, setinggi-tinggi syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia nikmatNya. Setiap apa yang berlaku di muka bumi ini, ditentukan oleh Nya dalam menguji keimanan,kekuatan dan rasa rendah diri hambaNya. Terpulang kepada kita untuk menentukan hala tuju dan matlamat hidup selagi menumpang di muka bumi bertuah ini. Ilmu, rezeki dan perjalanan hidup kita sehari-hari ditentukan oleh Allah S.W.T. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal kita memisahkan kita antara jaya dan gagal. Tapi ingat, kegagalan bukan untuk selama-lamanya. Setiap manusia ada diciptakan rezeki untuknya tanpa kita sedar atau tidak. Jika ingin berubah kepada tingkat hidup yang lebih baik - beriktiar, kuatkan semangat dan gandakan usaha.
Media baru – alam maya, internet,blog, facebook,myspace,twitter dan seumpamanya menjadi medium dan ruang baru menggantikan jenis media yang sedia ada. Sifatnya yang tiada rehat, tiada benteng serta melampaui batasan sempadan menjadi sasaran, pilihan dan tarikan masyarakat, khususnya golongan muda dalam mencari maklumat, selain ruang untuk mengenengahkan ideologi selain promosi diri sendiri. Sekelip mata, setiap maklumat baru dan terkini sudah boleh disampaikan kepada jutaan pelayar ruangan siber.
Keinginan untuk menyampai, memperolehi ilmu serta maklumat melalui saluran yang paling mudah untuk diakses oleh semua lapisan masyarakat memungkinkan kebanjiran wujudnya laman-laman blog ini . Ada diantaranya amat bermanfaat dan ada juga yang lebih sudu dari kuah. Kita nilai sendiri. Walau apa pun matlamat dan sasaran tujuan blog itu dimayakan, yang utama ialah cara kita dalam menyampaikan sesuatu pandangan dan ideologi. Cuma masalahnya ialah wujudnya perasaan tidak bertanggungjawab si penulis atau pengendali laman blog dalam menyampaikan maklumat. Emosi, perasaan benci dan dendam menguasai minda. Setiap penulisan, gambar dan video menggambarkan semua itu - menghina, menghentam, menfitnah, memutar-belit, menyeleweng, mengeluarkan fatwa songsang, mensensasikan sesuatu isu remeh dan spekulasi semata-mata. Dan peliknya, kehadiran rencana seperti ini mendapat tempat di hati pembacanya yang rata-rata golongan muda. Dikira hanya pada negatif tidak pada positif. Jika benar kerajaan yang ada sekarang kejam, dah lama kita merempat di negara sendiri. Bukan semua orang dapat dipuaskan, kita kena ingat itu. Tiada kerajaan di dunia ini dapat melakukannya. Tapi jangan disebabkan permintaan kita tidak dapat dipenuhi, kita sanggup melupakan jasa UMNO dan taat setia kita kepada negara. Kita sedih dan takut melihat anak muda bangsa dipermainkan emosinya oleh mereka yang berkepentingan dan berniat jahat. Tapi dimanakah kita - UMNO, ketika mereka memerlukan bimbingan kita? Ini yang kita kena ubah..sebelum diubah. Lebih memalukan jika kita diubah oleh bangsa lain.
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Dalam, DUN Chenor ini tidak mahu ketinggalan jauh menjadi pemain di dalam era teknologi siber ini. Mahupun masih cuba memahami dan baru membabitkan diri dalam kancah perang siber ini, ia tidak pernah menjadi penghalang. Di mana ada kemajuan, di situ ada jalan. Sebelum boleh berlari, hendaklah kita belajar melangkah. InsyaAllah, kehadiran suara-suara penglima Pemuda UMNO dari sini akan didengari oleh mereka di luar sana.
Matlamat wujudnya blog ini selain menyahut cabaran media baru, ia salah satu wadah kami, ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg. Dalam dalam melontar pendapat, idea, permasalahan setempat,nasional mahupun global, aktiviti kemasyarakat dan sebagainya yang berkait rapat khusus dengan perkembangan cawangan kami. Ini juga menjadi wadah kami dalam menerangkan matlamat perjuangan kami, menyebarkan kehebatan syiar dan ilmu Islam, menjawab permasalahan setempat, mempertahankan bangsa dan negara serta pelbagai lagi.
Jika ada salah silap, tegurlah kami, tapi biarlah sesuatu yang membina dan boleh dihayati bersama. InsyaAllah, setiap perkara yang diutarakan, akan diselami dan diberi jawapannya..Bersama-samalah kita mengangkat perjuangan parti demi Agama, Bangsa dan Negara. Parti UMNO tak pernah lemah, yang lemah hanyalah ahlinya yang kadang-kadang lupa wadah perjuangan dan kenapa dia menyertai UMNO. Bukakan minda, kuatkan azam dan kukuhkan benteng barisan kita. Tumbang kita, robohlah negara yang tercinta. Kitalah sebenar-benarnya benteng hadapan mempertahan dan memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara dalam menghadapi apa jua serangan terhadap isi dan acuan negara bertuah ini yang telah kita dukung dan bina untuk sekian lamanya. "Dulu, kini dan selamanya". Biarlah apa musuh nak kata dan buat kepada kita. Alhamdullilah. Allah lebih mengetahui. Kita teruskan perjuangan kita. Jika ikhlas niat pejuang-pejuangnya, adalah rezeki dan kemenangan dari Yang Maha Esa. InsyaAllah.
InsyaAllah, kita akan sentiasa kuat selagi Islam menjadi panduan, ilmu menjadi senjata, martabat bangsa dan tanahair menjadi agenda. Terus berganding bahu, tetap bersama dan bersetia.
Salam.
Noor Azmi Tan Mohd. Aminuddin
Setiausaha,
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Dalam, DUN Chenor.