Jumaat, 2 April 2010

Setahun Sudah Khidmat Diberi, Amanah Dilaksanakan..

Hari ini, 3hb. April 2010 genaplah setahun usianya kepimpinan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak sebagai Perdana Malaysia yang ke-6.

Jika tanpa kekuasaan dan keizinan Allah, mustahil beliau dapat menjalankan amanah Allah sebagai seorang pemimpin sebuah negara Islam yang terdiri dengan pelbagai kaum ini. Bukan mudah untuk seseorang insan dengan masa sesingkat ini untuk membetulkan segala masalah membabitkan agama,bangsa dan negara. Apatahlagi adanya tangan-tangan jahat yang cuba mengganggu gugat keharmonian dan kestabilan negara..

Sikap keterbukaan, yakin, berani, bijak, pantas, berkarisma, mesra dan rajin turun padang mendekati, mendengar denyut nadi dan memahami permasalahan rakyat tanpa mengira agama,kaum mahupun fahaman politik menjadikan Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak disukai dan mudah diterima rakyat. Itu fakta!

Ketika beliau menduduki tampuk kerusi Perdana Menteri, beliau telah dihidangkan pelbagai masalah terutamanya ketika berlakunya kejutan tsunami di dalam UMNO dan Barisan Nasional pasca Pilihan Raya Umum ke-12 serta ketidak tentuan ekonomi global. Pastinya beliau tahu cabaran tugas sebagai seorang Perdana Menteri dan memahami pelbagai masalah yang ada dan mungkin timbul, namun beliau berani dan berkomitmen penuh menyahut cabaran dan amanah rakyat untuk mengembalikan kegemilangan, kestabilan negara dan kekuatan politik UMNO dan BN. Bukan mudah melakukannya sekaligus dalam masa sesingkat setahun. Apatahlagi. musuh yang menyerang bukan dari luar, tetapi turut datang dari mereka-mereka yang sanggup menjatuhkan maruah negara dan bangsa sendiri demi matlamat politik ingin bergelar Perdana Menteri, meskipun mendudukinya secara haram! Tuduhan demi tuduhan liar serta fitnah melampau dilemparkan kepada beliau dan kepimpinannya dapat ditangani dengan bijaksana dan tidak mudah melatah. Malah kesabaran beliau dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu permasalahan amat dihargai kerana ia dilakukan secara pantas, tepat dan mudah.

Pengenalan Gagasan 1 Malaysia, NKRA, KPI, MEB, Pakej Rangsangan Ekonomi adalah antara intipati idea Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan kepimpinannya yang berjaya membawa negara keluar dari belenggu permasalahan merundumnya ekonomi global dan menyatupadukan keharmonian penduduk berbagai kaum negara. Meskipun ada yang mempertikaikannya, (Biasalah tu, manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada dan tidak mudah mengakui kebaikan sesuatu perkara itu demi kepentingan diri..) dengan usia yang baru setahun, pelbagai idea dan jalan penyelesaian diperkenalkan demi kesejahteraan rakyat dapat dijalankan. Bangkitnya negara dari kejatuhan ekonomi global adalah hasil daripada kebijaksanaan Y.A.B Dato' Sri sehingga beliau digelar Reformis Ekonomi oleh pakar-pakar ekonomi dunia yang turut kagum dengan cara beliau menanggani masalah ekonomi ini dengan pantas dan segera.

Tahniah dan selamat maju jaya kami ucapkan dari hati nurani ikhlas ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO (P.P.U) Kampung Dalam, DUN Chenor. Semoga Y.A.B Dato' Sri dapat meneruskan prestasi yang lebih gemilang demi keagungan dan kekuatan agama, bangsa dan negara. Berjuanglah dengan ikhlas dan berkeyakinan tinggi. Kami berikrar akan sentiasa berjuang dan berdiri teguh bersama kepimpinan Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. InsyaAllah.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Hidup UMNO!
Hidup Melayu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan