Isnin, 14 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1432H

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Rasullulah S.A.W merupakan contoh utama dan tertinggi dalam segala aspek kehidupan dunia dan akhirat seluruh umat manusia. Kebijaksanaan Rasullulah S.A.W dalam mengimbangi dan menguruskan kehidupan wajib dijadikan petunjuk dan amalan dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh cabaran dan singkat ini untuk kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan di akhirat yang berkekalan.

Marilah kita menyelami dan menginsafi diri, memahami erti kebenaran dan semangat Islam serta keteguhan Iman yang dibawa oleh junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Jadikan satu kepentingan dalam menghayati dan menyelami perjalanan hidup Rasullulah S.A.W demi keteguhan keimanan dan agama kita yang benar ini.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasullulah S.A.W telah bersabda yang bererti: " Sesiapa yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakaiku, maka dia telah menderhakai Allah. Begitu juga sesiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku dan sesiapa menderhakai petugasku, maka dia telah menderhakaiku". (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Selamat menyambut hari Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1432H kepada seluruh umat Islam dimana jua anda berada..


Rujukan: Mengenali Rasullulah S.A.W oleh Ustaz Johari Bin Yaman, 2008

1 ulasan:

  1. Alhamdullilah. Satu cadangan yang amat baik. InsyaAllah, cadangan ini akan diusahakan oleh pihak kami. Terima kasih.

    BalasPadam