Isnin, 7 Oktober 2013

Kepada Allah Kami Berserah. Selamat Mengundi.

Pada 12hb. Oktober 2013, 7 Zulhijjah 1434H, Sabtu, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO akan meraikan demokrasi iaitu pemilihan parti dari peringkat bahagian hinggalah peringkat yang tertinggi. Dan ini juga merupakan pertama kali UMNO membuka ruang yang cukup luas dan amat terbuka kepada mereka yang layak serta berhasrat untuk menjadi calon tanpa perlu melalui pelbagai proses pemilihan. 

Meraikan demokrasi dan proses meremajakan UMNO selaras dengan perkembangan zaman moden yang kian mencabar. Namun, intipati dan asas penubuhan UMNO serta kedaulatan Perlembagaan Negara wajib dipertahankan.

Setiap calon pasti ada sebab dan kebolehan tersendiri demi memacu tugas sebagai seorang pemimpin. Diharapkan, calon-calon yang menawarkan diri bersedia untuk mengota apa yang dikata, melaksanakan tanggungjawab seterusnya mengekalkan semangat kekeluargaan sesama kita.

Selamat bertanding kepada rakan-rakan sekalian. Kepada perwakilan yang bakal menentukan hala tuju parti, selamat mengundi. Mengundilah dengan pemikiran yang tenang dan yakin. Tekadkan hati. Ini berkaitan UMNO, parti keramat, bukan kerana individu, hasad dengki dendam serta kekayaan dunia. Lakukan demi Islam, Melayu dan Tanahair.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan