Isnin, 8 Februari 2010

5-0!

Allah'huakbar! Itu perkataan pertama muncul dari mulut ini secara spontan. Ucapan Alhamdullilah menyusul tanda kesyukuran kehadrat Illahi. Tanpa kuasa dan ketentuanNya, tak mungkin UMNO dan Barisan Nasional memperoleh kemenangan untuk mentadbir Negeri Perak. Itulah hakikat yang berlaku ketika rakyat Malaysia dan Perak khususnya sekian lama menanti keputusan akhir mengenai siapakah sebenarnya yang layak menjadi Menteri Besar Perak sekaligus diharapkan mampu meredakan suasana politik di Perak. Setelah setahun tiga hari menanti keputusan, akhirnya Mahkamah Persekutuan mengumumkan Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (BN) kekal sebagai Menteri Besar Perak dengan keputusan sebulat suara panel lima hakim. 5-0. Bukan 4-1 kemenangan seperti yang diramalkan memihak kepada PR.

Tahniah juga kepada rakan-rakan kita di dalam Barisan Nasional Perak dan rakan-rakan NGO yang mendaulatkan Islam, kuasa Raja dan perpaduan orang Melayu Perak. Setiap saat mereka bekerja keras menerangkan kepada rakyat hal sebenar walaupun mendapat cercaan dan penghinaan dari kem pembangkang dan bangsa berkepentingan. Namun atas dasar kebenaran dan martabat bangsa, lautan api juga direnangi mereka. Tahniah!

Episod ini tidak akan berakhir dengan aman dari kem yang tewas tetapi sekurang-kurangnya meredakan sedikit kemelut dan pertikaian undang-undang membabitkan hal ehwal kuasa akhir penentu pemerintahan di Negeri Perak ini. BN dari dulu lagi sentisa menyerahkan kepada undang-undang sebagai jalan penyelesaian. Kita turut berharap keputusan ini dihormati oleh PR. Tetapi melalui kenyataan akhbar Dato' Seri Nizar selepas keputusan mahkamah dibuat, tiada langsung tanda hormat kepada undang-undang malah mempertikaikan lagi. Biarlah..susah nak menutup mulut manusia selagi tidak dapat apa yang diinginkan.. Barangkali Dato' Seri Nizar sudah lupa..dalam ramai-ramai ADUN PR Islam Melayu, beliau dipilih dan dilantik menjadi Menteri Besar atas perkenan DYMM Sultan Perak. Bukan rakyat apatahlagi rakan DAPnya..yang ternyata tidak berpuas hati sebab tidak dipilih menjadi Menteri Besar biarkan DAP memiliki majoriti kerusi dalam PR keran nasib baik Undang-Undang Tubuh Negeri Perak menetapkan hanya orang Islam Melayu boleh menjadi Menteri Besar..kalau tak, kita takkan kenal siapa itu Dato' Seri Nizar. Beliau sentiasa menyatakan beliau Menteri Besar pilihan rakyat.Rakyat hanya memilih beliau sebagai Wakil Rakyat, bukan Menteri Besar kerana itu kuasa Tuanku. Sebagai ahli parti yang mengaku memperjuangkan Islam, tidak terfikirkah beliau mengapa Allah tidak memilih kerajaan pimpinan beliau untuk memerintah dan diberi kemenangan dalam keputusan mahkamah? Ada la silapnya yang beliau sedar atau buat-buat tak sedar..

Biarlah..kita menanti apa yang akan berlaku seterusnya..apakah akan wujud lagi drama kelolaan PR di Negeri Perak nanti. Kita hanya mendoakan apa yang terbaik untuk saudara seagama dan sebangsa kita disana serta seluruh rakyat Perak. Dan kita yakin BN mampu melakukannya.

Jadi, mulai saat ini, Dato' Seri Dr. Zambry bersama kepimpinan negeri diharap dapat memantapkan serta menarik sokongan lebih kuat rakyat kepada Barisan Nasional. Disamping mengembalikan kestabilan politik negeri, diharap beliau dapat mengembangkan lagi sektor ekonomi untuk kesejahteraan rakyat Perak keseluruhan. Lupakan hal politik, tumpukan kepada kehendak rakyat..InsyaAllah. Sikap redha, meredah diri serta yakin dalam amalan pentadbiran akan memberi semula kekuatan dan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional. Tiada apa yang mustahil. Yang benar akan sentiasa dipelihara Allah Ta'ala.

Allah'huakbar! Allah'huakbar! Allah'huakbar!

Daulat Tuanku!

Hidup UMNO!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan