Rabu, 24 Februari 2010

Eh..Ngata Ke Dulang..

Inilah sikap pembangkang..'matlamat menghalalkan cara'.. Jika sesuatu perkara itu dilakukan mereka, tidak mengapa..jangan persoalkan. Semua baik..semua halal dan nama rakyat digunakan..rakyat mana? Maklumlah, penyokong mereka sampai ke Australia dan Amerika.Tetapi jika dilakukan oleh pihak Barisan Nasional, apatahlagi UMNO..habis dipukul canang oleh mereka..memperbesarkan isu kecil dan terpinggir..barangkali mereka rasa Barisan Nasional dan UMNO tiada kerja lain yang lebih penting perlu dibuat dan ditangani. Inilah dinamakan ujian Allah kepada mereka yang benar.

Isu yang ingin dibangkitkan disini ialah kenyataan PAS yang mempertikai UMNO menggunakan kemudahan dewan UiTM Jengka untuk majlis Konvensyen UMNO Pahang yang berlangsung selama 3 hari bermula 20 Februari lalu. Ketika majlis dilangsungkan, ia sama sekali tidak membabitkan pelajar kerana ia dilangsungkan secara tertutup sehingga pihak media pun dilarang untuk membuat liputan. (Mahasiswa Mahasiswi sedang bercuti pada ketika itu). PAS turut mempertikaikan jika terdapat kebenaran Menteri Pengajian Tinggi (kerana beliau Ahli MT UMNO, sudah tentu Menteri memihak kepada UMNO katanya), mengaitkan Akta UiTM 174 dan dana kerajaan sehingga meminta Jabatan Audit Negara dan SPRM masuk campur.

Saya faham, pihak PAS sebenarnya takut UMNO cuba mempengaruhi minda mahasiswa dan mahasiswi UiTM. Atau sebelum ini barangkali mereka cuba menggunakan dewan UiTM tapi tak berjaya mendapat kebenaran..Tetapi pada hari tersebut, bukan itu matlamatnya. Matlamatnya memperkasakan UMNO Negeri dan menghasilkan resolusi untuk dijadikan garis panduan UMNO Negeri. Barangkali juga, PAS lupa UiTM wujud atas usaha kerajaan dan UMNO untuk pendidikan dan menjamin masa depan anak Melayu Bumiputera tanpa boleh diganggu gugat bangsa lain. UMNO jugalah penyebab wujudnya UiTM ini.

Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob telah menjawab dan membidas kenyataan PAS itu secara terang dan tepat. UMNO membayar sewa dan memohon kebenaran secara rasmi penggunaan dewan mengikut syarat yang telah ditetapkan pihak UiTM. Pihak UiTM telah memberikan kebenaran dan kuasa. Saya pasti pihak UiTM sudah menilai melalui perbagai aspek mahupun dari segi perundangan sebelum memberi kebenaran kepada UMNO Negeri. Kenapa persoal UMNO dan bukan kepada pihak UiTM yang memberikan kebenaran?

PAS hanya nampak apa yang dirasakan mereka UMNO mengambil kesempatan. Bagaimana pula dengan mereka? PAS dan Pakatan Rakyat sering menggunakan institusi pengajian tinggi sebagai tempat untuk mereka melakukan seminar, ceramah dan kempen politik mereka. Sebagai contoh di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS),Bangi. Malah terang-terangan menyasarkan kepada pelajar dalam usaha mengembangkan ideologi politik mereka kepada para mahasiswa dan mahasiswi (pelajar-pelajar UIA,UM,UKM,UPM, UNISEL) Bukankah menara gading sepatutnya tempat anak-anak muda harapan negara menuntut ilmu tanpa dipengaruhi ideologi politik. Mengapa diganggu fikiran, tumpuan dan tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar. Mengapa tidak dibiarkan mereka membuat pilihan politik setelah tamatnya pengajian? Dimana kualiti pelajar universiti? Dah dicampur-aduk dengan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya...sehingga pelajar lupa pada tanggungjawab sebenar dan harapan ibubapa serta negara.

Fikir-fikirkanlah..

Allah Maha Mengetahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan