Jumaat, 26 Februari 2010

Siapa Yang Melatah dan Tak Tentu Arah Sebenarnya?


Satu lagi percubaan murahan dan terdesak pembangkang dalam usaha memburukan pemimpin dan parti UMNO serta kerajaan..

"Aduhai YB Dato' Tan Aminuddin.......Kenapa kamu Melatah, Tak Tentu Arah???"

Aduhai YB Dato' Tan Aminuddin, sampai hati kamu menghalau kami dari Rancangan Felda kami. Selama ini kami telah memberi undi dengan tidak ragu-ragu kepada YB Dato' Tan hingga YB Dato' menjadi Ahli MMK Negeri Pahang. Kami juga telah memberi undi kepada UMNO dan Barisan Nasional hingga UMNO dan Barisan Nasional dapat memerintah Negeri Pahang Darul Makmur ini. Sampai hati Dato' Tan suruh kami keluar dari Felda - "Inilah Habis Madu Sepah Dibuang......"

Kami ucapkan terima kasih kerana menghalau kami tetapi kami tidak akan keluar dari Tanah Rancangan. Tanah Rancangan ini adalah hak kami. Kami telah membayar segala hutang dan kami tidak berhutang dengan Felda atau dengan YB Dato' Tan atau dengan UMNO atau dengan sesiapa jua. Kami disini zahir untuk menunaikan amanat daripada Pengasas Felda untuk mencari rezeki halal disamping menaik taraf ekonomi Negara.

Minyak Kelapa Sawit hasil titik peluh kami telah dipasarkan ke seluruh dunia dengan Kerajaan Negeri Pahang serta Kerajaan Malaysia telah mengutip berbillion-billion ringgit cukai dari hasil titik peluh dan tulang empat kerat kami.

Oleh itu kami tidak akan keluar rancangan tetapi kami akan keluar mengundi di PRU 13 akan datang untuk menolak Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dari Negeri Pahang Darul makmur ini.

Salam dari kami wahai Dato' Tan - Kami di halau tetapi anda dan UMNO yang akan terkeluar !!!!

Daripada Suarahati Peneroka Felda Kota Gelangi 1 dan seluruh Gugusan Felda Negeri Pahang Darul Makmur"

posted by hatta at 1:18 PM on Feb 10, 2010


: Dipetik daripada http://pkrpahangdm.blogspot.com/ bertarikh 10 Februari 2010

(Penulis cuba memberi komen di laman blogspot tersebut tetapi mengalami masalah teknikal)


Kenyataan yang cetek pemikiranya, berkepentingan sehingga sanggup mewujudkan perpecahan diantara peneroka dan mewujudkan kebencian kepada pemimpin demi survival dalam cubaan terdesak meraih perasaan simpati kepada PR - itu ulasan ringkas terhadap kenyataan di atas.

Jika ibarat habis madu sepah dibuang, ini pepatah yang sesuai untuk anda golongan 'masuk air' dan pembangkang..'ibarat melepaskan anjing tersepit!'..Bila memerlukan sesuatu, lembut lidah dari gigi, bila sesuatu permintaan'masih dalam pertimbangan',kerajaan diasak dan diugut...bila dah dapat, pun masih menghentam dan 'menggigit' tangan yang bertanggungjawab membantu melalui apa yang termampu..itulah sikap pembangkang..'kufur nikmat'.

Majoritinya,ramai peneroka di seluruh negara yang tahu berterima kasih apabila diberikan bantuan, tidak kira kecil atau besar bantuannya.. tetapi disebabkan dua tiga kerat manusia yang berhati busuk, mempunyai agenda, terpalit juga kepada mereka yang ikhlas..kerana nila setitik..Terima kasih kembali atas kerjasama dan sumbangan anda. Sama-sama kita membantu demi kesejahteraan bersama.

Ingat, kerajaan tidak mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik dalam memberi bantuan dan galakan. Kalau kerajaan mementingkan fahaman politik, takde penyokong pembangkang yang berkhidmat dalam sektor kerajaan mahupun mendapat bantuan PPRT,kontrak-kontrak pembinaan, bantuan kewangan, wujudnya kem-kem pembangkang dalam Felda dan sebagainya. Sebab kerajaan mahu bertindak adil atas dasar kewajiban sesebuah kerajaan dan hak anda sebagai warganegara. Orang UMNO sendiri mengeluh terpaksa kadang-kadang melihat sahaja penyokong pembangkang menikmati hasil bantuan kerajaan..dah la dapat bantuan, tak reti bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan. Tapi sudah menjadi dasar kerajaan yang tidak mengira siapa.

Kita sebagai manusia pun akan rasa marah dan terguris jika bantuan dan peluang yang diberi dibalas dengan 'sikap menikam dari belakang'. Tajuk 'kenapa kamu melatah, tak tentu arah?' adalah tidak tepat kerana kenyataan yang dibuat Y.B Dato' Tan bertujuan untuk memberi kesedaran dan mewujudkan kesetiaan peneroka kepada kerajaan dan Felda khasnya.Bukan langsung niat hendak menghalau..tetapi seperti biasa, siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya.. kalau sedikit cabaran dan teguran diterima secara negatif dan tak boleh terima langsung..mungkin ada batu besar duduk dalam kepala anda! (pembangkang memang batu!)
Dan kenyataan tidak akan dibuat secara membabi buta jika tiada orang yang melaporkan pemasalahan perihal 'sikap si talam dua muka menikam belakang yang dilakukan peneroka berhaluan pembangkang'. Mereka yang menyokong kerajaan mahukan pihak kerajaan tidak membuang masa membantu mereka yang tidak tahu berterima kasih ini..bantulah mereka yang benar-benar wajar mendapat pembelaan. Mereka yang benar-benar menjadi mata, telinga dan tulang belakang kerajaan. Mereka yang benar-benar mahukan perubahan dalam taraf hidup tanpa membabitkan diri dengan politik yang berniat memecah-belahkan keharmonian peneroka.

Letih kerajaan nak membantu orang yang tak nak langsung membantu dan memahami kerajaan..lebih baik membantu mereka yang benar-benar ikhlas mengusahakan ladang serta tahu berterima kasih dan memberi sokongan kepada kerajaan..

Itu sahaja yang diminta oleh kerajaan.Kesetiaan, kesedaran,kerjasama serta tahu bersikap rendah diri dan syukur dengan nikmat yang diperolehi.

Ingat kembali siapa mewujudkan Felda dan apa sebabnya diwujudkan. Mungkin dah lupa kerana kalau tidak masakan bila dah berjaya..nak 'digigit' pulak tangan yang membantu.. Kenyataan "Kami disini zahir untuk menunaikan amanat daripada Pengasas Felda untuk mencari rezeki halal disamping menaik taraf ekonomi Negara" memang ada benarnya tetapi amanat utamanya ialah "mengubah, membaiki dan sekaligus menaikkan taraf hidup ekonomi diri dan negara", bukan mencampur-adukkan rezeki yang disediakan dengan politik cetek.. dan nak tanya, kalau bukan idea Allahyarham Tun Abd. Razak dulu(PM dan Presiden UMNO dulu), agak-agak orang Malaysia kenal tak apa itu sektor perladangan kelapa sawit dan Felda? Adakah 'peneroka' itu akan wujud? Felda wujud sebelum wujudnya Parti Keadilan Rakyat ini!!! (PKR pun wujud sebab ramai petualang UMNO yang tak dapat kuasa mahupun yang tak reti maksud setia) . Jangan diungkit apa jasa yang telah anda beri kepada pihak Felda dan kerajaan kerana jasa yang anda curahkan itu bukan secara percuma malah dinilai dan dibalas sebaiknya oleh kerajaan.Masyarakat peneroka dan Felda masing-masing mempunyai tugas dan kepentingan.

Bila kenyataan yang berbunyi 'Kami telah membayar segala hutang dan kami tidak berhutang dengan Felda atau dengan YB Dato' Tan atau dengan UMNO atau dengan sesiapa jua.', adalah satu kenyataan yang angkuh dan sombong kerana di akhirnya, pasti jugak mengharapkan bantuan Felda dan pemimpin..jangan nak nafikanlah..

Dan jangan gunakan 'Daripada Suarahati Peneroka Felda Kota Gelangi 1 dan seluruh Gugusan Felda Negeri Pahang Darul Makmur' kerana anda bukanlah suara mutlak sebenarnya, sedarlah diri!..jangan asyik nak mewujudkan suasana membenci dan menghentam.Cuba memecah belahkan peneroka..Ingat perbuatan anda dipandang mulia di sisi Allah? Jika dirasakan anda ingin memilih Pakatan Rakyat mewakili anda pada PRU-13 nanti, itu hak anda sebagai rakyat Malaysia. Jangan menyesal kemudian hari..jangan sampai tergadai maruah Islam, Melayu dan Tanahair(Takut mata dan hati dibutakan tidak mahu melihat atau mendengar rintihan orang Islam Melayu yang ditindas dan ditidakkan haknya secara senyap, apatahlagi kedaulatan perlembagaan dan isi kandungannya yang cuba 'dirogol' oleh PR) Percayalah, jika PR memerintah, digunakan juga formula Felda dan kerajaan untuk mentadbir dan mengurus..senang dan mudah..sebab orang dulu dah berpecah otak memikirkan segala permasalahan dan penyelesaian untuk kesejahteraan dan taraf hidup warga peneroka Felda ni..'masuk cuci tangan je la...'

Yakini jika anda seorang Peneroka yang tahu menikmati kesyukuran dan tahu berterima kasih, anda akan setia kepadanya.. Jangan diingat hanya kepada perkara yang berlaku semalam tetapi melupakan terus apa yang berlaku di dalam lipatan sejarah terdahulu..tanpa sejarah, tak wujudlah keutuhan dan kejayaan kita sehingga kini..Nilai lah yang terbaik..para peneroka adalah suara tulang belakang negara..kekuatan dan benteng orang Melayu tulen. (Jika benar-benar ikhlas berjuang dan menjaga hak Islam, Melayu dan Tanahair)

Bukan mudah memenuhi kehendak semua.Bukan semua kehendak dapat dipenuhi tetapi jaminan diberi, setiap permasalahan tak akan dilupai, mungkin mengambil masa tetapi InsyaAllah, ia dapat diselesaikan. Pihak kerajaan dan peneroka harus faham memahami dan bertolak-ansur antara satu sama lain dalam mencari penyelesaian untuk sebarang apa jua masalahnya.Tiada apa yang tidak dapat diselesaikan melalui rundingan dan sikap bertolak ansur. Jangan jadikan ugutan dan perasaan tidak puas hati mengatasi segalanya dalam usaha mendapatkan sesuatu.Sikit-sikit ugut..sampai lupa apa yang dah diberi oleh kerajaan..apakah kita bangsa yang hanya tahu mengugut sahaja, yang kesetiaannya mudah digadai tetapi tidak mahu berusaha dan beriktiar untuk mencari jalan lain supaya taraf hidup dapat dipertingkatkan? Dah tiba masa peneroka lebih berdaya saing dan berenovasi tanpa mengharapkan 100% bantuan daripada kerajaan.. kita bukan lagi hidup di zaman lampau..anak-anak kita pun sudah ramai menuntut di menara gading.. Fikirkanlah...Perkara yang membabitkan warga Felda adalah antara perkara yang paling penting dalam agenda negara dan kerajaan..kerajaan akan sentiasa berusaha memenuhi kehendak rakyat sebaik mungkin secara rasional dan bijaksana kerana itu amanah rakyat..UMNO/BN dan kerajaan hari ni tidak dapat memerintah jika tidak diberi keizinan Allah yang Esa.. lupa ke?

(Kepada penulis kenyataan di atas,En. Hatta, bagaimana anda mengatakan anda mengundi UMNO/BN pada pilihanraya lalu jika anda terang-terang menyokong PR?)

Allah Maha Mengetahui segalanya.

3 ulasan:

  1. Salam 1 Malaysia,

    Tahniah kepada PPU Cwg Kg Dalam dapat mengwujudkan laman blog sendiri...... dan terima kasih sudi link blog kawan.

    Beginilah sikap mereka-mereka yang tidak pernah bersyukur dan tidak pandai berterima kasih.... kerana jumudnya pemikiran mereka maka, mereka memjadi buta kepada kebenaran...

    BalasPadam
  2. Salam, blog PPU Cwg Kg Dalam, Chenor telah kawan senaraikan dalam blog list Yang Gambi.....

    BalasPadam
  3. Sifat manusia ni memang selalu tidak mahu bersyukur! Yang diberi oleh ALLAH pun mereka kufur nikmat! Inikan pula usaha sesama insan! Perjuangan harus diteruskan!

    BalasPadam