Amat mendukacitakan jika pemimpin-pemimpin negara dicerca dan cuba diaibkan oleh individu mahupun secara berkumpulan. Dan amat mendukacitakan jika ia datang dari rakan-rakan kita di dalam Barisan Nasional. Kenyataan yang barangkali cuba mendapat populariti di kalangan anggota ahli mahupun masyarakat luar ataupun kerana emosi yang tidak dapat dikawal sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan menghina dan berniat menjatuhkan maruah pemimpin negara. Walaupun apa pun niatnya..jangan dilupa jasa yang lebih besar dicurahkan oleh setiap pemimpin negara terhadap tanahairnya..jangan akibat disebabkan satu kenyataan (jika benarlah)..habis dilupa jasa dan sumbangan pemimpin negara sebelum ini. Jangan bersikap seperti pihak pembangkang..walau setinggi mana pun jasa dan sumbangan pemimpin..tidak akan ada satu pun yang mendapat pengiktirafan dari mereka. Jika ada pun..cuma untuk sepintas lalu, itupun ketika ditanya wartawan dan ucapannya,bunyinya pun tidak seikhlas mana. Allah lebih mengetahui. Mereka lebih nampak, mencari malah mencipta kesilapan daripada menilai sumbangan besar pemimpin-pemimpin ini kepada agama, bangsa dan negara. Susah kita nak mengubah pemikiran orang seperti ini. Kita sekadar mencuba..Allah yang menentukannya.
Maka ini, kami, Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Kampung Dalam menyeru kepada mana-mana pihak, terutamanya rakan-rakan di dalam Barisan Nasional yang telah mengeluarkan kenyataan menghina, mencerca, menfitnah dan berniat menjatuhkan maruah mana-mana pemimpin negara - terdahulu dan terkini supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan demi perpaduan dan menjaga keakraban yang telah dijalin. Elakkan perasaan dan emosi menguasai diri sebelum membuat kenyataan. Jangan bersikap terlalu biadap dan melampau terhadap pemimpin-pemimpin kita..ini bukan budaya masyarakat Malaysia.
..jangan bermain api jika tidak binasa diri..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan