Jumaat, 18 September 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri daripada seluruh ahli Pergerakan Pemuda UMNO Kg. Dalam kepada semua muslimin dan muslimat serta seluruh warganegara Malaysia yang beragama Islam. Khusus buat rakan seperjuangan dalam UMNO dan khas kepada penduduk-penduduk di Kampung Dalam, Chenor ini...

Tangan dihulur maaf dipinta jika ada terkasar bahasa, tersilap tutur kata dan bicara. Kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan secara sedar atau tidak.

Jangan dilupa amalan ziarah-menziarahi sesama tetangga..eratkan silaturahhim sesama kita.. Tidak dilupa kepada ahli keluarga, saudara-mara, guru-guru, rakan-rakan serta pejuang-pejuang Islam, UMNO dan negara yang telah pergi..sedekahkan Al-Fatihah sebagai mengenang jasa, pengorbanan dan kasih-sayang kita kepada mereka yang telah pergi..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan