Majlis Ramah Mesra dan Ceramah Bersama P.P.U Cawangan Kg. Dalam, Kg. Jalan Panjang dan Kg. Huma Luas bersama JASA DUN Chenor dan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Maran.
Satu majlis ramah mesra dan ceramah oleh pegawai JASA DUN Chenor dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran bersama ahli-ahli P.P.U Cawangan Kg. Dalam, Kg. Jalan Panjang dan Kg. Huma Luas telah diadakan di Balai Orang Ramai Kg. Jalan Panjang pada 11 Ogos 2009 lalu. Majlis yang bermula pada jam 9.30 malam ini julung-julung diadakan oleh AJK Pemuda Bahagian bagi sesi penerangan di samping mendekati, memahami dan mendengar luahan rasa ahli-ahli Pemuda. Satu suasana sederhana, mesra dan bersikap kekeluargaan berjaya dicapai. Biarpun berakhir lewat malam, Alhamdullilah, matlamat telah tercapai bagi kedua-dua pihak yang terlibat.
Ketua Pemuda Caw. Kg. Dalam, Sdr. Abg. Jak menyampaikan kata-kata aluan. Disebelah kanannya (berbaju merah) Pemangku/ Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Sdr. Khairul Amin.
Antara permasalahan yang diluahkan oleh golongan muda ialah membabitkan masalah tempatan iaitu masalah perumahan, ekonomi orang muda, pertanian dan ternakan, tempat riadah dan aktiviti belia. Antara yang dicadangkan adalah penubuhan persatuan belia yang menggabungkan ketiga-tiga cawangan bagi memudahkan sesuatu aktiviti dirangka dan dilaksanakan.
Wakil AJK Pemuda UMNO Bahagian, Sdr. Saiful Anuar menyampaikan ceramah bertajuk 'Mengapa UMNO?'
Antara sebab wujudnya permasalahan ini adalah sikap penduduk yang tidak mahu bersepakat sesama sendiri, karenah yang diwujudkan oleh J.K.K.K yang membabitkan masalah perumahan untuk golongan muda serta kurangnya bantuan untuk perusahaan pertanian dan ternakan.
Ketua Pemuda bersama AJK Pemuda Bahagian bertekad bersama-sama mencari jalan penyelesaian dan akan membawa isu ini ke pihak sepatutnya. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Perjumpaan dan program begini perlu kerap diadakan dari masa ke semasa bagi terus-menerus mendampingi golongan muda khususnya ahli Pemuda UMNO itu sendiri di peringkat akar umbi. Fahami dan dengarilah luahan permasalahan yang wujud. Dengan cara ini ahli itu sendiri mampu menarik sedikit nafas lega kerana mempunyai dahan untuk bertaut bagi membela nasib dan golongan muda khususnya. Kembalikan semangat dan hala tuju untuk terus bersama-sama berjuang mempertahankan hak.
Sesi soal jawab berlangsung
Dengarlah dan dampingi golongan muda akar umbi. Terima kasih daun keladi. Moga kita berjumpa lagi.
Gambar diambil daripada
http://aminchenor.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan