Setajam mana pun mata pisau, tajam lagi mata pena yang menulis. Dalam alaf baru, pena telah bertukar menjadi ’papan kekunci komputer’. Maka wujudlah ’gelombang media baru’ - penulisan blog. Gelombang yang besar ini, tidak dapat dilihat mata kasar kita sehingga berlakunya pilihanraya Umun ke-12 lalu. Baru kita sedar bahawa golongan muda bangkit melaung suara melalui laman-laman blog. Ini satu cara untuk mereka meluahkan perasaan yang terbuku di hati dan kita, UMNO khususnya terlepas pandang masalah mereka dan tidak mendekati golongan ini melalui kaedah dan cara yang terbaik. Allah lebih mengetahui. Sebarang kesilapan dan sikap tak cakna kita terdahulu akan kita perbaiki untuk kebaikan semua dan sekaligus mengembalikan kepercayaan golongan muda khususnya kepada kita serta menaikkan semangat kita sendiri untuk terus berjuang. Bumi mana tidak ditimpa hujan..pantai mana yang tidak berubah. Tapi kita tetap teguh dengan pejuangan kita demi Islam, Melayu dan Tanahair.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh dan salam 1 Malaysia.
Bismillahirrahmanirrahiim, setinggi-tinggi syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia nikmatNya. Setiap apa yang berlaku di muka bumi ini, ditentukan oleh Nya dalam menguji keimanan,kekuatan dan rasa rendah diri hambaNya. Terpulang kepada kita untuk menentukan hala tuju dan matlamat hidup selagi menumpang di muka bumi bertuah ini. Ilmu, rezeki dan perjalanan hidup kita sehari-hari ditentukan oleh Allah S.W.T. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal kita memisahkan kita antara jaya dan gagal. Tapi ingat, kegagalan bukan untuk selama-lamanya. Setiap manusia ada diciptakan rezeki untuknya tanpa kita sedar atau tidak. Jika ingin berubah kepada tingkat hidup yang lebih baik - beriktiar, kuatkan semangat dan gandakan usaha.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Agung Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarganya serta para sahabat.
Media baru – alam maya, internet,blog, facebook,myspace,twitter dan seumpamanya menjadi medium dan ruang baru menggantikan jenis media yang sedia ada. Sifatnya yang tiada rehat, tiada benteng serta melampaui batasan sempadan menjadi sasaran, pilihan dan tarikan masyarakat, khususnya golongan muda dalam mencari maklumat, selain ruang untuk mengenengahkan ideologi selain promosi diri sendiri. Sekelip mata, setiap maklumat baru dan terkini sudah boleh disampaikan kepada jutaan pelayar ruangan siber.
Keinginan untuk menyampai, memperolehi ilmu serta maklumat melalui saluran yang paling mudah untuk diakses oleh semua lapisan masyarakat memungkinkan kebanjiran wujudnya laman-laman blog ini . Ada diantaranya amat bermanfaat dan ada juga yang lebih sudu dari kuah. Kita nilai sendiri. Walau apa pun matlamat dan sasaran tujuan blog itu dimayakan, yang utama ialah cara kita dalam menyampaikan sesuatu pandangan dan ideologi. Cuma masalahnya ialah wujudnya perasaan tidak bertanggungjawab si penulis atau pengendali laman blog dalam menyampaikan maklumat. Emosi, perasaan benci dan dendam menguasai minda. Setiap penulisan, gambar dan video menggambarkan semua itu - menghina, menghentam, menfitnah, memutar-belit, menyeleweng, mengeluarkan fatwa songsang, mensensasikan sesuatu isu remeh dan spekulasi semata-mata. Dan peliknya, kehadiran rencana seperti ini mendapat tempat di hati pembacanya yang rata-rata golongan muda. Dikira hanya pada negatif tidak pada positif. Jika benar kerajaan yang ada sekarang kejam, dah lama kita merempat di negara sendiri. Bukan semua orang dapat dipuaskan, kita kena ingat itu. Tiada kerajaan di dunia ini dapat melakukannya. Tapi jangan disebabkan permintaan kita tidak dapat dipenuhi, kita sanggup melupakan jasa UMNO dan taat setia kita kepada negara. Kita sedih dan takut melihat anak muda bangsa dipermainkan emosinya oleh mereka yang berkepentingan dan berniat jahat. Tapi dimanakah kita - UMNO, ketika mereka memerlukan bimbingan kita? Ini yang kita kena ubah..sebelum diubah. Lebih memalukan jika kita diubah oleh bangsa lain.

Sikap terlalu mudah percaya kepada media baru ini tanpa usus periksa amat membimbangkan. Jadi kesilapan kita selaku pendukung pentadbiran dan penyokong kerajaan ialah tidak memberi maklum balas segera di dalam ruang siber dan blog itu tadi. Jika setiap persoalan dan tohmahan kita jawab segera, secara bijaksana, sederhana dan boleh diterima akal, nescaya orang ramai lebih memahami sesuatu isu atau perkara yang diperdendangkan. Debat sihat secara siber ini boleh mengembang minda tidak kira golongan penyokong mahupun pembangkang dan juga golongan berkecuali.
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Dalam, DUN Chenor ini tidak mahu ketinggalan jauh menjadi pemain di dalam era teknologi siber ini. Mahupun masih cuba memahami dan baru membabitkan diri dalam kancah perang siber ini, ia tidak pernah menjadi penghalang. Di mana ada kemajuan, di situ ada jalan. Sebelum boleh berlari, hendaklah kita belajar melangkah. InsyaAllah, kehadiran suara-suara penglima Pemuda UMNO dari sini akan didengari oleh mereka di luar sana.
Matlamat wujudnya blog ini selain menyahut cabaran media baru, ia salah satu wadah kami, ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg. Dalam dalam melontar pendapat, idea, permasalahan setempat,nasional mahupun global, aktiviti kemasyarakat dan sebagainya yang berkait rapat khusus dengan perkembangan cawangan kami. Ini juga menjadi wadah kami dalam menerangkan matlamat perjuangan kami, menyebarkan kehebatan syiar dan ilmu Islam, menjawab permasalahan setempat, mempertahankan bangsa dan negara serta pelbagai lagi.
Jika ada salah silap, tegurlah kami, tapi biarlah sesuatu yang membina dan boleh dihayati bersama. InsyaAllah, setiap perkara yang diutarakan, akan diselami dan diberi jawapannya..Bersama-samalah kita mengangkat perjuangan parti demi Agama, Bangsa dan Negara. Parti UMNO tak pernah lemah, yang lemah hanyalah ahlinya yang kadang-kadang lupa wadah perjuangan dan kenapa dia menyertai UMNO. Bukakan minda, kuatkan azam dan kukuhkan benteng barisan kita. Tumbang kita, robohlah negara yang tercinta. Kitalah sebenar-benarnya benteng hadapan mempertahan dan memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara dalam menghadapi apa jua serangan terhadap isi dan acuan negara bertuah ini yang telah kita dukung dan bina untuk sekian lamanya. "Dulu, kini dan selamanya". Biarlah apa musuh nak kata dan buat kepada kita. Alhamdullilah. Allah lebih mengetahui. Kita teruskan perjuangan kita. Jika ikhlas niat pejuang-pejuangnya, adalah rezeki dan kemenangan dari Yang Maha Esa. InsyaAllah.
InsyaAllah, kita akan sentiasa kuat selagi Islam menjadi panduan, ilmu menjadi senjata, martabat bangsa dan tanahair menjadi agenda. Terus berganding bahu, tetap bersama dan bersetia.
Salam.
Noor Azmi Tan Mohd. Aminuddin
Setiausaha,
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Dalam, DUN Chenor.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan