Bantahan anti-Islam dianjur depan masjid
LONDON: Penganjur tunjuk perasaan anti-Islam dijadualkan di sini esok, berjanji mengadakannya secara aman. Tunjuk perasaan itu dianjurkan Stop Islamification of Europe (SIOE) (Hentikan Proses PengIslaman Eropah), dijadualkan diadakan di luar masjid Harrow Central di sini.
Tunjuk perasaan berlawanan untuk membantah tunjuk perasaan SIOE itu juga dirancang di lokasi sama yang mana sebuah masjid baru setinggi lima tingkat sedang dibina. Bercakap bagi pihak SIOE, penganjur bersama Stephen Gash berkata:"Kami tidak mahu melihat lebih banyak masjid dibina sehingga kebencian (kononnya dipupuk di masjid) dihentikan"
Beliau berkata kumpulan itu yang menggunakan cogan kata 'Perkauman adalah ciri insan paling bodoh, tetapi fobia terhadap Islam adalah sesuatu yang munasabah' akan bekerjasama dengan polis bagi memastikan tunjuk perasaan ini diadakan secara aman.
-petikan daripada Berita Harian, Khamis 10hb. September 2009 - Ruangan 'Dunia' di Muka Surat 44
Apabila membaca berita ini..Allah Ta'ala sahaja yang tahu perasaan ini. Perkataan yang terpacul dari mulut..Satukanlah! Kuatkanlah hati dan semangat saudara-saudara Islamku dan turunkanlah bala dan bencara kepada musuh-musuh Islam..hancurkanlah mereka..
Bila difikirkan semula..takut juga mereka ini kepada Islam..maklumlah, sudah ramai yang memeluk agama Islam di negara Eropah selepas tragedi 11 September 8 tahun lalu serta penindasan kuasa barat didokongi Israel dan Amerika serta sekutunya ke atas negara Islam - Palestin, Iraq, Iran dan seumpamanya...Islam timbul di dalam diri mereka yang mencari jalan kebenaran, keinsafan serta kesedaran betapa cantiknya Islam itu sendiri. Mereka memperoleh ketenangan sesudah memeluk Islam. Alhamdullilah.
Dan inikah negara yang kononnya bersikap keterbukaan dan kebebasan beragama kepada penduduknya? Mungkin kerajaan Britain mengatakan itu hanyalah pendapat segelintir kecil penduduknya (dilaporkan 200 orang juga yang menyertai bantahan ini) namun itu sebenarnya yang terbuku di dalam sanubari sebilangan penduduk Britain..cuma takut untuk mengatakannya secara terbuka. Dan jika benar kerajaan Britain memahami perasaan penduduknya yang beragama Islam, pihak berkuasa tidak akan melayan langsung permintaan sebegini..
Sejak dari turun-termurun, bermula dari perang salib, memang dendam dan perasaan benci kepada Islam tidak pernah padam. Cuma bentuknya berubah..dulu dengan pedang..sekarang dengan kuasa politik dan ekonomi..

Mereka tahu sebenar-benarnya Islam adalah terlalu indah..Islam mempunyai jawapan kepada dunia dan akhirat..mereka tahu Islam bukan esktremis, mereka tahu kewujudan, keagungan dan kekuasaan Allah Ta'ala serta kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W memimpin umat dunia..dan mereka tahu, atas sebab ini ramai warga Eropah khususnya memeluk Islam dan meninggalkan agama asal yang dianuti...
Dimasa depan, akan sentiasa wujud anasir-anasir serta usaha untuk menjatuhkan Islam melalui akidah penganutnya.. Bukalah mata..kuatkan Iman serta bertaqwa kepada Allah Ta'ala dan RasulNya...kita pula dekati mereka dan sebarkan Islam tanpa perlu ada perasaan takut..kita yakin pada yang benar..nescaya, InsyaAllah, kita akan dilindungi dan dirahmati..

Allah Maha Mengetahui.
Allah'huakbar! Allah'huakbar! Allah'huakbar!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan